Header Ads

ads header

Flash News

Najib akui selalu hubungi Anwar termasuk malam PRU-14


Bekas perdana menteri Najib Razak mengakui bahawa selama ini beliau sentiasa berhubungan dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, termasuk menelefonnya pada malam pilihan raya umum 9 Mei.

“Ya ada. Selama ini pun saya ada berhubung dengan beliau. Terutama sekali tanya khabar dari segi peribadi dan sebagainya,” katanya satu wawancara dengan Penasihat Editorial Karangkraf Abdul Jalil Ali yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian pagi ini.

Jalil menyoal Najib sama ada benar bahawa beliau menghubungi Anwar, di sebuah hospital di Cheras, Kuala Lumpur ketika ketua umum PKR itu masih menjalani hukuman penjara.

Pada bulan September lalu, Anwar mendakwa Najib menghubunginya pada malam 9 Mei selepas BN ditumbangkan pada pilihan raya umum untuk membuat perjanjian.

Menjawab soalan lain, Najib menafikan ada cubaan untuk meyakinkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk menyertai BN selepas pilihan raya.

“Tidak. Malam itu saya ada saksi. Beberapa pemimpin utama datang ke rumah saya. Tak ada.

“Kami tidak bincang nak curi atau beli mana-mana wakil rakyat PH. Saya tak tahu dari datang mana datang khabarnya.

Dalam wawancara baru-baru ini, Mahathir mendakwa bahawa PH berdepan "kesulitan” pada malam 9 Mei.

Beliau mendakwa pemimpin Umno dan PAS cuba melamar wakil rakyat Melayu-Islam PH supaya bersama membentuk kerajaan majoriti Melayu-Islam.

“Nak ulang balik. Memang bukan dalam perancangan saya. Termasuk jugak dakwaan malam tu saya nak sidang MKN (Majlis Keselamatan Negara), nak isytihar darurat.

“Itupun satu tuduhan yang tidak benar sama sekali,” katanya.

MR :  termasuk rancangan Konsesus Nasional yang dirancang oleh Anwar antara rentaknya hubungan PAS-PKR dan ada pimpinan PAS tikam daripada belakang untuk bersama rancangan Anwar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan