Header Ads

ads header

Flash News

Tugas myPortfolio senang, boleh siap sejam


Kementerian Pendidikan berkata tugas myPortfolio yang diberikan kepada guru hanya memerlukan sejam untuk disiapkan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Dr Mohd Ghazali juga menjelaskan bahawa ia ditugaskan bukan hanya kepada guru tapi juga semua penjawat awam.

Mohd Ghazali merujuk kepada rungutan guru berhubung "masa yang singkat" untuk menyiapkan tugasan tersebut seperti yang dilaporkan Sinchew Daily baru-baru ini.

"Arahan (myPortfolio) kepada semua penjawat awam untuk kita sempurnakan pada 30 November.

"(Ia ditugaskan kepada) semua penjawat awam, sama ada polis, askar, bomba, jururawat, semua orang kena selesaikan 30 November. Mereka juga sibuk. Jadi kita cuba permudahkan.

"Isi borang ini saya dimaklumkan senang dan dalam masa satu jam pun boleh siap. Saya harap itu betul. Jadi tak timbul kesukaran mengisi borang itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian forum 'Bahasa Jiwa Bangsa' di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meneliti sekiranya terdapat kes-kes tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Tugas myPortfolio yang diarahkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) kepada semua penjawat awam dilaporkan bertembung dengan waktu sibuk para guru.

Golongan guru sebelum ini mempertikaikan "tempoh singkat" yang diberikan untuk menyelesaikan tugas berkenaan.

Rungutan itu dikaitkan dengan beban sedia ada dengan pelbagai kerja akhir tahun persekolahan.

MR :  Rata-rata guru tak faham apa kepentingan 'copy & paste' atau tukar nama untuk isi benda itu?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan