Najib Persoal Peruntukan untuk pengurusan beberapa kementerian
Selepas meneliti belanjawan 2019 dengan lebih terperinci, saya dapati peruntukan untuk pengurusan beberapa kementerian telah turun dengan dahsyat sekali- akibat dari pemotongan ataupun pemansuhan program-program bantuan rakyat.
(1) Untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar
2018: RM5.3 bilion
2019: RM3 bilion
Penurunan ini disumbang oleh pemotongan 73 peratus bajet untuk MARA, iaitu dari RM3.5 bilion bagi 2018 kepada hanya RM1.3 bilion untuk tahun depan.
(2) Kementerian Industri Utama pula dipotong lebih 72 peratus kepada RM125 juta, di mana bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil dan penoreh getah yang diperuntukkan RM261 juta tahun lalu, dimansuhkan sama sekali.
Setiap tahun, pekebun dan penoreh getah berdepan kesusahan untuk bekerja pada musim tengkujuh mengakibatkan pendapatan mereka jatuh teruk dan kerajaan pada masa lalu membantu meringankan beban mereka.
Mulai tahun depan, mereka tidak lagi dapat bergantung kepada bantuan ini.
(3) Kementerian Pertanian pula menyaksikan pemotongan bajet di mana pelbagai bantuan telah dikurangkan atau dimansuhkan.
Subsidi baja padi – Dipotong 50%.Mungkin penduduk luar bandar, sektor pertanian dan perladangan tidak lagi penting pada Malaysia Baharu?
Insentif pengeluaran padi – Turun 50%.
Elaun sara hidup nelayan – Potong 67%
Subsidi padi bukit – Dimansuhkan.
Najib Razak
MR : Najib-najib bagi LGE berehat....
Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
- Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
- Anda Sakit??!! Kenapa Kita Masih Sakit?!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
.
BalasPadamBajet paling besar dalam sejarah tapi peruntukan untuk Melayu secara relatifnya paling ciput dalam sejarah. TQ Gen Y.
.