Pencalonan jawatan Kesatuan Ulama Islam Sedunia
SETELAH tempoh pencalonan ditutup pada jam 9 malam (waktu Turki), Isnin 5 November, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membuat keputusan untuk tidak mengisi dan menyerahkan borang pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS).
Hasrat ini telah dinyatakan oleh YB Dato’ Seri sebelum berangkat ke Turki, dan telah disampaikan kepada beberapa pimpinan tertinggi KUIS setelah mempertimbangkan keterbatasan komitmen dan kesihatan, namun bersedia untuk terus menyumbang idea dan pandangan untuk kebaikan KUIS.
Agenda pemilihan akan berlangsung pada hari Rabu, 7 November dan keputusan rasmi dijangka diumumkan sebelum Majlis Penutup pada hari Khamis, 8 November.
Sekian untuk makluman.
“Islam Memimpin”
SYAHIR SULAIMAN
Setiausaha Politik Presiden PAS
6 November 2018, Istanbul.
MR : Engkau calon ke atau tak calon, nanti yang dengki dengan ulama akan cerca juga
Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
❐ Anda Sakit??!! Kenapa Kita Masih Sakit?!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan