Header Ads

ads header

Flash News

Najib Tanya, Mana Janji Harga Petrol Akan Turun, Pengecualian Bayaran Balik PTPTN?


SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menunaikan janji untuk menurunkan harga petrol selepas mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Beliau merujuk kepada pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi yang menyatakan kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM).

“Apa terjadi kepada ‘hari ini kita menang, esok harga petrol akan turun’?

“RM1.50 satu liter sudah ke mana?,” soal beliau.


Dalam pembentangan Belanjawan 2019 sebentar tadi, Guan Eng berkata kerajaan akan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Melalui mekanisme ini, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal, yang dijangka bermula pada suku kedua 2019.

Guan Eng juga berkata, kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM) bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan.

Selain membangkitkan janji penurunan harga petrol, Najib juga menyindir PH yang tidak berpegang pada janji untuk mengecualikan bayaran balik peminjam PTPTN yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000 sebagaimana yang dinyatakan kerajaan.

Beliau merujuk kepada kandungan belanjawan yang menyatakan peminjam bergaji RM1,000 ke atas akan dipotong secara automatik untuk bayaran balik PTPTN.



“Nampaknya janji untuk mansuh PTPTN dan mengecualikan pinjaman yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan dari membayar tidak menjadi.

“Gaji minima sudah RM1,050. Maksudnya, tiada seorang pun akan dikecualikan,” sindirnya. -SuaraTv


MR : Kini Najib makin hebat mengkritik....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Janji di capal kati kan, bajet 2017 dan 2018 di adjust sini sikit sana sikit. Itu pun tepuk bagai nak pecah meja. Apa punya tui.

    BalasPadam