Header Ads

ads header

Flash News

‘PH hanya sambung belanjawan kerajaan dahulu’


Banyak perkara yang dinyatakan dalam Belanjawan 2019 hari ini, hanya disambung atau diambil daripada kerajaan terdahulu, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, selain menyambung inisiatif Barisan Nasional (BN), tiada strategi besar dibuat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Paling ketara, walaupun bajet ini lebih besar daripada tahun lepas, tetapi tak banyak titik sentuhan untuk rakyat.

“Sebagai contoh, Bantuan Sara Hidup (BSH) jauh lebih kurang daripada BR1M yang kita janjikan iaitu sebanyak RM2,000. Tapi kali ini paling banyak pun dapat RM1450, di bawah formula baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas pembentangan Belanjawan 2019 kerajaan Pakatan Harapan (PH) di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, ia berbeza dengan dokumen Inisiatif Ekonomi Rakyat yang dibentangkan BN semalam, di mana ia lebih menyeluruh.

“Dokumen yang kita bentangkan semalam menyentuh semua segmen. Tiada satu pun golongan yang ketinggalan,” katanya.

MR : Memang tak ada yang menarik dan baru....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan