Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan abai pembangunan Pantai Timur


Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini seolah-olah mengabaikan aspek pembangunan Pantai Timur, khususnya di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebelum ini, antara yang dibangkitkan ialah pembangunan wilayah yang seimbang.

Bagaimanapun katanya, dalam Belanjawan 2019 petang tadi, tidak digambarkan secara jelas mengenai aspek pembangunan khususnya wilayah Pantai Timur.

“Hampir tiada agenda besar dibuat yang menyebabkan pemangkin kepada pembangunan wilayah Pantai Timur. Saya tengok ada pengabaian dari segi perancangan kerajaan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut mempersoalkan defisit belanjawan yang tidak disebut dalam pembentangan belanjawan berkenaan.

“Bajet ini kita tak tahu berapa sebenarnya jumlah pendapatan dan perbelanjaan. Cuma kita tahu jumlah perbelanjaan. Berapa kita defisit sebenarnya? Tidak ada satu angka yang jelas tentang jumlah defisit belanjawan negara,” katanya.

Ketika ditanya sama ada PAS akan menolak Belanjawan 2019, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan meneliti secara keseluruhan terlebih dahulu.

“Kita akan teliti keseluruhan sebab saya tengok belanjawan ini tiada penjanaan kepada satu sumber baru negara. Saya fikir kita perlu fikir bagaimana nak jana sumber baharu bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pembentangan belanjawan hari ini yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera,’ kerajaan memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion untuk Belanjawan 2019 berbanding RM290.4 bilion pada Bajet 2018.

Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

MR : Memang ada agenda tersembunyi nak abaikan negeri-negeri Melayu yang pro Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan