Header Ads

ads header

Flash News

‘Tiada kejutan Belanjawan kerajaan PH’


Ketua pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2019 yang baru sahaja dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan hari ini tidak memberi sebarang ‘kejutan’ kepada rakyat.

Malah, beliau berkata, semua belanjawan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mempunyai kelainan besar, berbanding belanjawan tahun lalu.

“Walaupun kelihatan Belanjawan 2019 telah mengemukakan beberapa cadangan, tetapi kita dapati tiada kelainan besar. Tidak ada sebarang kejutan apatah lagi keajaiban,” katanya.

Beliau berkata demikian di lobi Parlimen selepas selesai pembentangan Belanjawan 2019 hari ini.

Pada masa sama, Zahid turut mengkritik apabila tiada peruntukan khusus untuk petani dan nelayan selain pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi.

Guan Eng petang tadi mengumumkan kerajaan PH memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion untuk Belanjawan 2019 berbanding RM290.4 bilion pada Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu.

Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.


MR : Yang terkejutnya PH tiru cara Pak Lah nak tanggani isu minyak....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan