Header Ads

ads header

Flash News

PAS jangan jadi Kulup Besar!


 SEKUMPULAN pelarian PAS yang berkampung di bawah bendera Pakatan Harapan berperanan sebagai Kulup Kecil bagi menjadikan PAS tegar sebagai Kulup Besar.

Kulup Kecil ini memasang perangkap samar jika boleh seramai-ramai ahli dan penyokong PAS terutama mereka yang berpuluh tahun dalam PAS ikut mereka tinggalkan PAS.

Dikatakan ramai orang lama PAS sudah bosan dengan PAS yang mahu bertaawun dengan Umno yang sudah hilang kuasa itu hendak ikut Kulup-Kulup Kecil itu. Tetapi mereka masih berhalang, belum berani meninggalkannya.

Apa yang menyebabkan mereka teragak-agak hendak mengikut si Kulup Kecil itu?

Mungkin meraka macam jurucakap Kulup Kecil. Yang kata orang lama PAS hendak keluar tapi belum keluar mengambil masa lama meninggalkan PAS. Semuanya sudah tinggalkan parti dan beramai-ramai tubuh parti sendiri, sudah pergi merata menemankan Dr Mahathir berceramah bagi memenangkan Pakatan Harapan.

Dia cuti dari PAS. Dia ikut majlis-majlis PH, tetapi tak masuk-masuk PH dan bukan kerabat PH. Tidak tahu apa yang ditunggu?

Dekat dengan PRU dan PH mula menyedia calon di sana-sini, baru anak beranak tinggalkan PAS dan menjadi orang penting di kalangan Kulup Kecil.

Adakah orang lama PAS yang menunggu untuk keluar PAS ikut macam itu. Hendak tengok apa hendak jadi?

Tempoh keluar beramai-ramai macam sudah berakhir. Ada lagikah yang hendak keluar dan mahu masuk Pakatan pimpinan Dr Mahathir?

PAS sedih ahli-ahlinya tinggalkan parti. Tetapi PAS tidak dapat buat apa kalau ahlinya hendak keluar parti. Ia tidak kuasa untuk apa-apakan orang yang hendak keluar. Mereka lari dengan kerusi-kerusi. PAS tidak dapat buat apa.

Seboleh-bolehnya semuanya mesti istiqamah. Tetapi istiqamah itu bukan kerja dan kuasa PAS. Ia kerja Allah. Allah berkuasa mengekalkan seseorang dalam PAS dan berkuasa mengeluarkannya dari PAS sekalipun pernah jadi Presiden dan Timbalan Presiden.

Dan PAS tidak dapat buat apa terhadap sesiapa datang jumpa dan pujuk ahli supaya tinggalkan PAS. Jika ada yan datang culik ahlinya supaya masuk kumpulan Kulup Kecil, buatlah. Pernah semua Adun PAS Kelantan zaman Datuk Asri diculik Umno supaya lompat parti dan gulingkan kerajaan. PAS tunggu mereka balik. Mereka dilepaskan ketika Dun bersidang. Sedondong mereka duduk di kerusi PAS.

Biarlah apa si Kulup Kecil hendak kata. Orang PAS jangan melompat seperti Kulup Besar tenang apa yang Kulup Kecil kata. Orang PAS jangan jadi macam Kulup Kecil dan jangan jadi macam Kulup Besar. Bebaskan diri daripada dunia kulup.

Siapa hnedak jadi kulup jadilah Kuluplah kerana gerak hati sendiri. Tetapi jangan jadi makhluk halus, perdaya orang masuk kumpulan kulup.

Duduk dalam PAS payah dapat projek. Payah jadi Datuk. Apa lagilah jadi menteri. Sejak orang PAS masuk kumpulan kulup, yang tak pernah fikir jadi menteri, dapat jadi menteri. Jadi Datuk pun ramai. Ada keputeraan baru selepas BN tumbang, ada saja oang keluar PAS jadi Datuk.

Yang dilucut Datuk pun jadi Datuk semula. Tunggu dalam PAS tak merasalah semua itu. Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Hashim Jasin tak perlu ikut mana Kulup beroleh anugerah dari Paduka Raja.

SUBKY LATIF


MR :  Tapi parti AMANAH masih 'berkulup' lagi


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kalau nak blah baik blah cepat2. duduk dalm Pas buat menyemak aje.

    BalasPadam
  2. Puak munafik yang berpura-pura beragama Islam sedangkan hati mereka bencikan Islam dan umat Islam akan menjadi cacing kepanasan apabila mereka berada dalam jemaah perjuangan Islam.

    Akhirnya puak munafik ini akan keluar sendiri dari jemaah perjuangan Islam untuk menyertai musuh Islam seperti parti munafik sekular liberal kafir harb setelah kejahatan mereka terdedah.

    Wajah dan perangai syaitan mereka terdedah sebaik sahaja mereka meninggalkan perjuangan Islam.

    Lihatlah perangai mereka apabila mereka menyertai pakatan syiah-liberal-kafir harbi. Mementingkan kehidupan dunia dan materialistik dan menghina Islam.

    Jika mereka gagal mendapatkan apa yang mereka hajati, mereka akan menjadi katak puru melompat ke sana sini mencari dedak cap roket.

    Apa nak dihairankan kerana puak munafik ini juga pernah sabotaj perjuangan Rasulullah S.A.W. .

    BalasPadam