Header Ads

ads header

Flash News

Teruskan skim baucar buku bukti PH u-turn tak ada idea baru


PETALING JAYA: Bekas menteri pengajian tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah pendendam kerana cuba menghapuskan semua inisiatif baik kerajaan terdahulu, termasuk pemberian baucar buku kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Naib presiden Umno itu berkata, kerajaan PH sepatutnya mengumumkan dari awal akan meneruskan skim bantuan baucar buku yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sejak 2012.

“Dengan melakukan apa yang selama ini dibuat oleh BN, ia menunjukkan BN telah buat dan lakukan perkara yang baik, tepat dan realistik.

“Tetapi, kerana politik dan dendam, banyak perkara baik tidak diteruskan. Akhirnya mereka dapati mereka terpaksa teruskan apa yang BN telah buat dulu,” kata bekas menteri pengajian tinggi itu kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Maszlee Malik hari ini yang Kementerian Kewangan bersetuju meneruskan skim bantuan baucar buku bagi penuntut IPT.

Katanya, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet semalam yang turut mendapat sokongan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

BN memperkenalkan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 pada 2012 kepada pelajar universiti dan pra universiti yang layak, sebelum bantuan itu dinaikkan kepada RM250 pada 2013.

Ia kemudiannya digantikan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) pada 2017, susulan ketirisan dalam Baucar Buku 1Malaysia kerana pelajar bertindak menukar baucar itu kepada wang tunai.

KADS1M ialah kad debit untuk pelajar membeli buku ilmiah di kedai buku terpilih, perisian komputer dan peralatan pembelajaran, serta mengeluarkan wang tunai RM250 dari mesin ATM.

Ditanya adakah PH perlu memohon maaf kerana melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan terdahulu, Khaled menyerahkan kepada rakyat untuk menilai tindakan kerajaan baru.

“Kita sedar itu hanya amalan politik benci yang mereka lahirkan terhadap Umno, lambat laun rakyat akan sedar mereka terpedaya dengan PH.”

Najib bidas PH kaki U-turn

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan sama ada kerajaan perlu membentangkan Bajet 2019 semula, susulan pengumuman meneruskan skim baucar buku itu.

“Adakah ini juga bermakna Bajet 2019 tidak sah dan akan dibentang semula untuk kelulusan ahli Parlimen?” soalnya menerusi catatan Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu turut membidas kerajaan PH dan Maszlee sebagai kaki U-turn, susulan keputusan Kabinet meneruskan skim baucar buku itu.

“U-turn ni. Berani juga dia cakap ‘skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat (untuk) mahasiswa’. Dia yang buat bajet, dia yang tak suka, dia yang nak tukar sekarang.

“Tak apa YB, ambillah kredit. Petiklah perjuangan, gunalah nama. Yang penting kebajikan mahasiswa dan mahasiswi kita terpelihara.”

PH tiada idea baru


Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata kerajaan PH tiada idea baru dan bertindak meneruskan program kerajaan terdahulu, selepas mengkritik usaha BN.

Katanya, tindakan PH itu juga menunjukkan mereka bimbang ditolak rakyat kerana gagal mengotakan janji berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada pilihan raya umum ke-14.

“Sehingga kini, tiada dasar baru yang jelas mengenai pendidikan yang kerajaan PH lakukan.

“Apa yang mereka lakukan adalah meneruskan dasar dan polisi BN dahulu. Ini membuktikan apa yang BN lakukan adalah yang terbaik untuk rakyat.”
Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. .
    Tak salah meneruskan legasi yang baik. Namun apa yang pelajar ternanti-nanti ialahialah apakah inisiatif baru mesra mahasiswa/wi dari KPM bawah telunjuk PH.

    BalasPadam