Header Ads

ads header

Flash News

Subsidi buatkan rakyat tak mampu berfikir? Najib bidas Dr M


Bekas Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan pemberian subsidi menyebabkan rakyat tidak mampu berfikir dan terlalu bergantung kepada kerajaan.

Menyifatkan kenyataan tersebut sebagai penghinaan kepada rakyat, Najib berkata ia juga membayangkan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi yang diberikan sebelum ini.

"Hari ini keluar kenyataan bahawa kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk tak buat kerja pun boleh dapat duit.

"Setiap hari rakyat dihina. Apa sebenarnya kerajaan hari ini buat untuk negara, untuk rakyat Malaysia?" soalnya menerusi laman Facebook.

Terdahulu Utusan Online hari ini melaporkan Mahathir sebagai berkata, subsidi hanya membuatkan seseorang itu tidak mampu berfikir dan tidak boleh berdikari.

“Lihat saja kerajaan terdahulu, mereka memberi wang kepada golongan miskin dan golongan itu tidak perlu bekerja. Walaupun tidak bekerja,tetap mendapat RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

“Jika Malaysia terus menjadi sedemikian, tidak lama lagi, semua orang tidak akan mampu berfikir, tidak boleh bergerak dan tidak boleh melakukan kerja dengan sendiri kerana terlalu bergantung kepada subsidi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI.

Mengulas lanjut, Najib berkata kerajaan BN sebelum ini tidak pernah menyatakan pemberian bantuan atau 'subsidi' seperti BR1M adalah untuk menggantikan gaji atau pendapatan.

"Kita buat adalah sebagai social safety net, untuk bantu mereka lengkapkan apa yang mungkin kurang daripada pendapatan harian mereka.

"Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berfikir?" soalnya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Lebih tak mampu berfikir adalah sang kroni bila kroni di berikan 'subsidi' berterusan dan bila kroni terlalu bergantung padanya, bukan saja wang bawah meja menjadi beban, kelancaran dan progres yang disasarkan terbantut-bantat.

    BalasPadam
  2. Allah dah bagi umur subsidi maka itu buatlah kebajikan selagi boleh.

    BalasPadam