Header Ads

ads header

Flash News

Sudah bincang turunkan harga minyak masak, Umno tanya menteri


PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamad Hassan menggesa kerajaan memulakan perbincangan dengan pengusaha dan kilang bagi menurunkan harga jualan minyak masak berikutan kejatuhan harga minyak sawit.

Timbalan presiden Umno tertanya mengapa kerajaan tidak mahu memastikan pengguna mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak sawit walaupun selepas bantuan kepada pekebun, petani dan BR1M kepada rakyat berpendapatan rendah dikurangkan atau dimansuhkan tahun depan.

“Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah mula berbincang dengan pengusaha dan kilang dalam memastikan mereka akan menurunkan harga jualan minyak masak mereka?” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Jika bantuan kepada rakyat telah dipotong dan dimansuhkan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya rakyat boleh mendapat sedikit manfaat daripada kejatuhan harga minyak masak.

Mohamad berkata apabila harga minyak sawit naik kepada sekitar RM3,000 satu tan pada akhir 2016, kerajaan terdahulu mengehadkan subsidi minyak masak kepada pek 1kg berharga RM2.50, untuk antara lain membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Walaupun harga minyak masak pada masa itu naik mengikut harga pasaran, penjimatan daripada penyelarasan subsidi itu membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai bantuan termasuk BR1M.

“Saya tahu langkah itu telah membangkitkan kemarahan ramai pada masa itu dan PH mengambil kesempatan penuh untuk mempergunakan isu ini,” katanya.

Bagaimana keadaan sekarang sudah berubah apabila harga minyak sawit untuk Disember hanya RM1,775 satu tan atau hampir 50% lebih rendah berbanding harga akhir 2016.

“Akibat kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk mempertahankan harga sawit, harga minyak sawit terus jatuh setiap bulan,” katanya. “Mengapa mereka tidak mahu memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak sawit?”



Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan