Apa kata Baru Bian mengenai boikot Kongres Nasional PKR
KUANTAN - Menteri Kerja Raya, Baru Bian menafikan beliau memboikot Kongres Nasional PKR ke-13 sehingga diberi amaran oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru berkata, beliau melalui Setiausaha Politiknya, Zakaria Abdul Hamid memaklumkan ketidakhadirannya kepada Sekretariat Kongres PKR kerana mempunyai urusan kerja di Ipoh, Perak semalam dan di sini, malam tadi.
Menurutnya, beliau berada di Ipoh untuk merasmikan majlis penutupan Sukan Kementerian Kerja Raya.
"Hari ini saya di Kuantan untuk mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Timur dan Majlis Anugerah Kewartawanan Lebuhraya Pantai Timur 2018 malam ini," katanya.
Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak itu berkata, sebagai menteri pusat berbeza jawatan dalam politik.
"Sebagai menteri saya ada tanggungjawab yang harus dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas majlis AKLPT18 di sini.
Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan