Header Ads

ads header

Flash News

Sultan Nazrin jalankan tugas Yang di-Pertuan Agong


KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, beristirahat menjalani rawatan bermula hari ini sehingga 31 Disember ini.

Istiadat yang berlangsung di Istana Hinggap Perak di sini dimulakan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, membaca watikah perisytiharan berkenaan.

Baginda kemudian menandatangani watikah itu.

Selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Persekutuan, Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan baginda.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, Istana Negara secara rasmi memaklumkan bahawa Sultan Muhammad V sedang beristirahat menjalani rawatan.

“Selaras dengan Perkara 33 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan Baginda (Sultan Muhammad V),” katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan