Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu bentang belanjawan berimbang sebanyak RM2.015 bilion untuk tahun depan


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2019 dengan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’ itu berkata, peruntukan tersebut adalah lebih besar berbanding RM1.996 bilion dalam Belanjawan 2018.

Katanya, pertambahan peruntukan itu bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dan kerajaan negeri menjangkakan memperoleh hasil berjumlah RM2.015 bilion menjadikannya belanjawan berimbang.

Daripada jumlah tersebut (RM2.015 billion), sebanyak RM66.93 juta merupakan hasil cukai, RM203.53 adalah hasil bukan cukai dan RM1.745 billion merupakan terimaan bukan hasil.

“Secara perinciannya, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion untuk perbelanjaan mengurus.

Daripada jumlah tersebut, RM600 juta akan dicarumkan kepada kumpulan wang pembangunan untuk perbelanjaan pembangunan.

“Ia termasuk RM186.2 juta untuk projek bayaran tertangguh dan bayaran berjadual. Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta kepada kumpulan wang bekalan air,” katanya.

Menurut Dr Ahmad Samsuri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, di bawah peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM86.025 juta atau 4.27% akan diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan, manakala RM1.929 bilion atau 95.73% pula diperuntukkan untuk perbelanjaan bekalan.

Menerusi peruntukan perbelanjaan bekalan pula, sebanyak RM285.47 juta untuk emolumen, sebanyak RM197.1 juta untuk perkhidmatan dan bekalan, sebanyak RM24.98 juta untuk aset, sebanyak RM1.42 bilion untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM1.16 juta untuk perbelanjaan lain-lain.

“Di bawah komponen pemberian dan kenaan, bayaran tetap sejumlah RM600 juta adalah caruman kepada kumpulan wang pembangunan, RM230 juta diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun dan pelbagai agensi.

“Sebanyak RM194 juta diperuntukkan bagi pemberian kepada jabatan kerajaan dan RM400 juta pula diperuntukkan bagi pelbagai program di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan yang akan memberi impak secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Belanjawan tersebut merupakan peruntukan sulung kerajaan pimpinan PAS selepas berjaya mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mei lepas dengan menguasai 22 kerusi, manakala BN 10 kerusi.

MR :  Harap jangan PH kencing mengenai royalti. Rakyat akan teraniya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan