Header Ads

ads header

Flash News

Prof Agus ramal parti AMANAH akan pupus sebelum PRU-15


Penganalisis politik, Profesor Mohammad Agus Yusoff berkata, beliau memberikan purata 40 peratus sahaja kepada prestasi lima menteri AMANAH dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Menteri AMANAH lima orang. Saya beri purata prestasi mereka 40%, dengan Datuk Seri Dr Dzulkifley terbaik antara lima. Terbaik kerana beliau menjawab di parlimen dengan baik dan substantif. Yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan,” tulis beliau dalam Facebooknya semalam.

Kata beliau, seorang menteri AMANAH, semasa menjawab soalan di Dewan, suka mengulang perkataan “saya sekarang menteri. Tak cukup peruntukan, saya akan bincang dengan Menteri Kewangan.”

Soalan asal dari MP Pembangkang berbelit-belit dijawabnya. Program kementerian banyak yang dirancang, tetapi tiada yang luar biasa, berterusan retorik, katanya.

“Seorang menteri lagi, suka bercakap. Semua hal hendak dijawabnya, pantang wartawan tanya. Sebab itulah jawapan selalu tersasul sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Polisi baharu tidak ada. Klise sahaja.

“Sebab terjadi begini kerana menteri tidak cekap dan pegawai serta penasihatnya pun sama. Maka, beginilah jadinya.

“Tiga lagi menteri saya belum mahu komen,” kata beliau.

Ujar Agus, jika sikap menteri AMANAH berterusan seperti ini, beliau berharap sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, mereka ini diganti dengan individu lain.

Jelasnya, gejala sindrom penafian dan ‘syok sendiri’ yang beliau fikir hanya berlaku kepada menteri Umno sahaja kini berjangkit kepada pemimpin AMANAH.

“AMANAH jika mahu terus survive, perlu bertapak kukuh di Kelantan dan Terengganu. Malangnya, saya perhatikan AMANAH di dua negeri ini seperti hidup segan mati tak mahu.

“Jika begini senarionya, selepas PRU-15 nanti, semakin hilanglah AMANAH dari radar peta politik negara,” katanya lagi.


MR :  Rasanya lebih cepat daripada itu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

14 ulasan:

  1. Macam mana nak bertapak di Kelantan dan Terengganu, 95% penduduk kelantan dan Terengganu adalah Melayu. Melayu Kelantan dan Terengganu tidak sebodoh segelintir Melayu di Negeri2 lain (yg sokong PH sahaja).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu yang Sokong pas lagi lah bodoh hahaa. Asyik kena wala je haha.

      Padam
    2. Yang sokong PH ni,dah terkincit kincit pun tak nak mengaku. Makan tomato yang fresh la .jangan makan tomato yang dah kena kencing

      Padam
  2. InsyaALLAH, parti baruah dap pasti berkubur

    BalasPadam
  3. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un !!! Dari tanah parti kuali datang, kepada tanah jua parti kuali akan kembali. Tanah jirat sesuai tak untuk parti kuali kembali???

    BalasPadam
  4. Jangan teruja sangat dengan prof. nih mirip Zainuddin Maidin sikit cuma acah² tak menonjol jer

    BalasPadam
  5. Seorang professor kangkung dari spesies opportunis telah membuat ramalan syirik kononnya PAS akan hilang semua kerusi dan kehilangan Kelantan dalam PRU 14. Wah terbukti professor kangkung juga kaki kencing rakyat !!! Professor kangkung dan pakatan tiada harapan adalah kembar siam.

    BalasPadam
  6. Aku tetap akan undi AMANAH dan PH. Cerdik sikit dari PAS dan UMNO. Dua2 guna isu perkauman dan agama nak survice hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita menghormati hak seseorang yang mahu menjadi pengundi bodoh berganda-ganda dengan mengundi pakatan yang telah memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri. Kita juga menghormati hak seseorang yang suka dikencing berulang kali.

      Padam
  7. tajuk berita dalam blog ni sangat fitnah..
    semoga Allah memberi petunjuk kepada admin blog ini dengan sebaik2 petunjuk..

    amin ya robbal 'alamin..

    BalasPadam
  8. kepada Allah kita berserah beri petunjuk dan hidayah supaya umatislam bangsa melayu bersatu

    BalasPadam
  9. kepada Allah kita berserah beri petunjuk dan hidayah supaya umatislam bangsa melayu bersatu

    BalasPadam
  10. Amanah Dan pkr sekongkol dgn DAP. Dalam Quran dah sebut jangan bagi pemimpin bukan Islam terajui negara Islam. Dah lupa ke Masa DAP perintah Tak lama dulu.....

    BalasPadam