Header Ads

ads header

Flash News

YAB Menteri Besar menjawab isu perobohan rumah lama di Kampung Tanjung


Kerajaan negeri berharap isu merobohkan sebuah rumah di Kampung Tanjung Kelab Pantai oleh pihak berkuasa hari ini untuk tujuan projek pembangunan tidak diperbesar atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tindakan itu tidak salah dari aspek perundangan kerana pemiliknya telah lama diberikan notis untuk mengosongkan rumah berkenaan.

“Sebenarnya sudah ada perundingan tentang rumah berkenaan dan cara bagaimana diuruskan pengambilan tanah di kawasan itu, malah pemilik yang mendakwa tanah beliau itu juga telah diberi peluang untuk mengemukakan bukti-bukti pemilikan dan sebagainya.

“Perkara ini telah diuruskan dan kita dapati tiada halangan untuk kerajaan ambil tindakan hari ini untuk kosongkan tanah malahan nilai pampasan pun telah diberi mengikut pertimbangan dan status pemilikan itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kekecohan yang berlaku apabila rumah pusaka yang dibina pada awal 1900 itu, milik Wan Mokhtar Wan Yusof, 64, di Kampung Tanjung Kelab Pantai dirobohkan pihak berkuasa untuk projek pembangunan.

Menurut beliau, dakwaan Wan Mokhtar bahawa kerajaan negeri hanya memberi notis selama tiga hari untuk mengosongkan rumah tersebut adalah tidak benar.

“Dakwaan tuan tanah itu tidak tepat. Dari aspek perundangan, apa yang dilakukan kerajaan negeri itu tidak salah. Isu yang disebut sebagai pampasan dan sebagainya itu adalah ehsan yang diberi mengambil kira mereka menduduki tempat itu sebelum ini.

“Tetapi dari aspek perundangan yang telah dibuat, sebenarnya tidak ada hujah yang kuat dari orang yang mendakwa itu tanah miliknya dan kita minta supaya proses (merobohkan) dapat diteruskan.

“Ia sebenarnya bukan masalah tiga hari notis kerana prosesnya telah berjalan begitu lama dan sudah dalam makluman mereka yang berkenaan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai nilai estetika rumah itu yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak, Dr Ahmad Samsuri berkata, ianya lebih kepada pandangan peribadi masing-masing.


“Kecualilah rumah itu ada unsur-unsur sejarahnya yang sangat unik. Kita akan membuat pertimbangan. Oleh kerana tidak ada unsur-unsur yang unik, bukan rumah berusia ratusan tahun dan sebagainya, saya rasa tidak menjadi halangan untuk kita mengambil langkah tersebut.

“Memang susah untuk kita buat semua pihak berpuas hati, tetapi mengambil kira rumah itu tidak didiami oleh sesiapa pun, bukan kita menghalau orang yang sedang menduduki rumah itu dan sudah berapa lama sebenarnya tidak ada penghuni, tindakan merobohkan untuk tujuan pembangunan di kawasan itu bukanlah satu tindakan untuk menganiayai mana-mana pihak,” ujarnya.

Gambar : @cassem harry

MR :  Geng PH (terutama parti Islam Liberal AMANAH) yang giler nak cari salah erbodoh dalam isu ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Apabila barua pakatan membawa sesuatu berita kepada anda, anda perlulah siasat dahulu berita tersebut kerana barua pakatan mempunyai lidah biawak yang pandai putar belit, fitnah, auta dan u-turn untuk membodohkan barua pakatan itu sendiri dan manusia yang letak otak pada lutut!

    BalasPadam