Header Ads

ads header

Flash News

Adib (bomba) sudah meninggal dunia sebentar tadi


Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan perkara itu ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

----

Rasa sedih menerima berita malam ini, pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang yang soleh.

Kita menjadi saksi pengakhiran hidupnya yang baik sehingga terkorban nyawa demi menyelamatkan dan menjaga keharmonian negara. Namun Allah lebih menyayangi dirinya dan lebih mengetahui hikmah disebaliknya.

Kepada kaum keluarga dan sahabat sepasukan, banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang perit ini. Ingatlah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Al-Fatihah.

Abdul Hadi Awang


MR :  Semoga Allah berkati beliau


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Muhammad Adib anggota bomba telah diserang dan dipukul sehingga cedera parah tanpa belas kasihan oleh perusuh-perusuh hindu walaupun beliau memakai uniform bomba membuktikan perusuh-perusuh hindu ini bersikap perkauman.

    Bayangkan berapa lama Muhd Adib hidup menderita kesakitan dalam ICU sehinggalah beliau meninggal dunia pada 9.41 malam tadi kerana kekejaman perusuh hindu.

    Siapakah yang sepatutnya melindungi anggota bomba dan kenderaan bomba semasa rusuhan tersebut berlaku ???? Mengapa tiada escort ??? Bukankah situasi rusuhan tersebut boleh mengancam nyawa anggota bomba ???

    Bahkan perusuh-perusuh hindu ini bebas bermaharajalela dan menyerang orang awam dan merosakkan atau membakar kenderaan awam dan kenderaan bomba. Maka timbul pelbagai persoalan seperti :

    1) Mengapa pihak berkuasa membiarkan perusuh-perusuh hindu bebas bermaharajalela dan melanggar undang-undang?

    2) Adakah perusuh-perusuh hindu ini lebih tinggi dari undang-undang ?

    3) Mengapa pihak berkuasa tidak menyuraikan perusuh-perusuh hindu ini ??

    4) Tindakan pihak berkuasa ke atas perusuh-perusuh hindu yang telah membunuh Muhd Adib ????

    5) Adakah pihak berkuasa menyiasat kes pembunuhan Muhd Adib mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati atau kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau ...... ?

    BalasPadam
  2. Tak blh nak imagine, Bagaimana busuk lagi hitamnya hati mereka yg memukul arwah Adib..

    BalasPadam