Header Ads

ads header

Flash News

UMNO pecah kepada empat kumpulan, Zahid digesa undur

Bendahari UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri kerana dilihat gagal mengurus dan mengeudi parti itu yang kini berpecah kepada empat kumpulan.

Memetik laporan Berita Harian hari ini, Md Jais berkata, kumpulan pertama ialah mereka yang mahukan parti bangkit dengan semangat perjuangan untuk memelihara Islam, Melayu dan tanah air, selain menjadi pembangkang yang berwibawa di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kumpulan kedua pula katanya, ialah mereka yang mahu UMNO bekerjasama dengan PAS dan seterusnya mewujudkan satu gerakan kesedaran orang Melayu dan mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Kumpulan ketiga pula, kumpulan yang mahu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ia mungkin kerana ada janji tertentu, di samping berpendapat Anwar tidak akan mendapat laluan mudah sepertimana dalam perjanjian Pakatan Harapan.

“Kumpulan keempat pula ialah mereka yang mahu memperkukuhkan suara Melayu dalam kerajaan. Sebab itu ramai keluar parti dan kebanyakannya lebih ke arah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya.

Bekas Adun Mahkota itu, sebelum ini pernah mengkritik Zahid kerana gagal memberikan hala tuju parti yang jelas kepada ahli dan masyarakat di negara ini, khususnya orang Melayu, sebaliknya memuji hala tuju yang disampaikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Md Jais yang Ketua UMNO Bahagian Kluang berkata, ahli parti masih menunggu arah atau hala tuju yang jelas daripada presiden, termasuk penterjemahan teras dan langkah dinyatakan ketika ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO lalu.

“Bagaimanapun apa yang berlaku, apabila presiden turun ke negeri termasuk Johor, beliau lebih kepada menerangkan setiap pertuduhan dihadapinya berbanding hala tuju parti yang sentiasa menunggu sentuhan lebih berkesan.

“Ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi menunggu apa seterusnya. Beliau (Presiden UMNO) tidak nyatakan perkara sepatutnya apabila turun ke negeri-negeri,” katanya.

Bekas Ahli Exco Johor itu mendakwa UMNO negeri pernah menegur Zahid dan memintanya berehat supaya dapat memberikan tumpuan penuh terhadap kes atau pertuduhan dihadapinya namun ia tidak mengubah pendirian beliau sehingga menyebabkan perpecahan kepada empat kumpulan pada masa ini.

“Dalam keadaan parti yang sudah berpecah kepada empat kumpulan pada masa kini, Ahmad Zahid dilihat oleh umum sebagai gagal untuk mengemudikan UMNO,” katanya.


MR :  Hanya yang 1 dan 2 ada indentiti diri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. kah kah kah siapa pun yg mengemudi UMNO sekarang tak mampu untuk mempertahankan UMNO dari berpecah sebab ADUN dan MP UMNO semuanya berkhidmat untuk membuncitkan perut sendiri bukan berkhidmat untuk rakyat. yg bermasalah ni ialah mp dan adun, akar umbi rileks je duk tunggu nak pangkah PAS next PRU.

    BalasPadam