Header Ads

ads header

Flash News

Amanah masih dibayangi PAS


Sekiranya terdapat kelemahan besar sepanjang berlangsungnya Konvensyen Nasional (Amanah) selama tiga hari mulai Jumaat lalu, perkara itu adalah proses perbahasan usul yang menimbulkan banyak tanda tanya.

Contohnya usul solidariti masyarakat Islam untuk menyelamatkan Tabung Haji.

Untuk apa usul itu susah-susah didebatkan sekiranya bertujuan untuk menyeru umat Islam menyokong usaha kerajaan menyelamatkan Tabung Haji?

Adakah terdapat mana-mana umat Islam yang tidak menyokong usaha tersebut? Apa perlunya usul ini dibahaskan? Kenapa ia diterima sebagai usul pada mulanya?

Bagi usul pembinaan semula ekonomi di bawah lembayung Malaysia Baru pula, pembentang banyak membahaskan masalah (misalnya harga komoditi utama turun, kos hidup melambung), lalu meminta kerajaan lekas-lekas menyelesaikannya.

Walaupun gesaan itu ada benarnya, tetapi ia kedengaran sangat klise dan tarafnya seperti komen-komen di Facebook atau YouTube saja.

Perbahasan paling sengit ialah terhadap usul perlunya konsep rahmatan lil alamin menjadi agenda utama negara. Ia memancing 12 perwakilan tampil membahaskannya.

Terus dibayangi PAS


Nasib baik speaker campur tangan dan menamatkan sesi perbahasan kerana faktor masa yang tidak mengizinkan.

Daripada 12 pembahas, lapan menyokong manakala empat membantah, memaksa undian dilakukan di kalangan perwakilan.

Tetapi itulah, sesi 'undian' berlangsung agak pelik. Speaker mengarahkan perwakilan yang menyokong supaya berdiri.

Selang beberapa saat kemudian speaker mengumumkan usul berkenaan diterima majoriti perwakilan tanpa perlu membuat kira.

Pada perhatian penulis, tidak sampai separuh pun perwakilan yang sempat berdiri semasa sesi 'undian' itu dijalankan.


Tak nampak Islamik, percampuran perwakilan lelaki dan wanita bukan mahram sama seperti persidangan UMNO

Usul Malaysia harus memainkan peranan proaktif memimpin masyarakat dunia bagi menghentikan krisis di Yaman pula adalah usul yang masuk akal - antara lain kerana menggesa gencatan senjata antara pihak yang terlibat.

Ia juga menggesa Arab Saudi menarik balik tenteranya dari Yaman.

Paling tidak, usul itu boleh dianggap sebagai suatu solidariti Amanah terhadap mangsa krisis di Yaman.

Satu hal yang sangat mencuri perhatian sepanjang konvensyen di Ipoh itu ialah, bagaimana sebahagian daripada Amanah masih dihantui oleh bayangan PAS.

Mujahid yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan sikap berpatah arang dengan PAS, manakala Mahfuz - timbalan menteri di Kementerian Sumber Manusia - mencadangkan PAS dibimbing supaya menyertai Amanah.

Masalahnya ialah, kebanyakan perwakilan yang berucap tidak ubah seperti orang yang baru putus cinta tanpa rela. Pada kesempatan yang ada mereka bermati-matian tidak mahu menyebut PAS sebagai PAS, sebaliknya merujuk parti itu dengan gelaran "parti silam" atau "parti lama".

Memang luculah, kerana PAS seolah-olah Voldemort di mata orang yang hidup dalam dunia magis Harry Potter.

Malah Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan, sampai perlu menyanyikan lagu Broery Marantika - Biarlah Bulan Bicara Sendiri - untuk membuat rujukan PAS (dengan beberapa kesalahan lirik).

Bersungguh-sungguh dia enggan menyebut nama PAS.

Biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang 'kan menjadi saksi
takkan ku ulangi
hingga akhir hayat nanti
walau derita kutanggung sendiri.

Sany kemudian mengajak hadirin bernanyi bersama-samanya. Entah apa perlunya dia berbuat demikian.

Keadaan itulah barangkali yang mendorong seorang lagi Naib Presiden Amanah Dr Hasan Bahrom - dalam ucapan penggulungannya - melahirkan rasa hairan dengan sikap takut-takut perwakilan Amanah menyebut nama PAS.

“Saya amat berterima kasih kepada orang sebelah saya ini, Datuk Mahfuz yang berani (menyebut dengan jelas): parti PAS.

"Apa yang kita nak takut? Parti lama, parti lama. Sebut sajalah (PAS). Sonang cerito,” kata anggota parlimen Tampin itu dalam loghat Negeri Sembilan, disambut tawa para hadirin.


Cara pemakaian perwakilan dan pemerhati tak ada beza dengan persidangan UMNO
Sekiranya sesi perbahasan mahu dijadikan kayu ukur kepada kejayaan Amanah kali ini, maka konvensyen di Ipoh itu pasti mendapat status "gagal" oleh pemerhati.
M Fakhrull Halim
Wartawan Malaysiakini

MR :  Barang bukan tulen mana sama dengan yang tulen


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Sebenarnya pan/amanah tidak mndapat sentuhan ulamak pun..selain dr cita mad sabun mahfoh dan ianya ditaja oleh dap..ahlinya adalah exumno not event 5% pas pure.So..no futher comment...

    BalasPadam
  2. PAN perjuang apa?hukum al-quraan?nampak tadak beza dgn himpunan umno dan Dap jer.PAS masih wujud lagi ke?Rasanya semua dah jadi PAN, tapi tk leh kalu tak sebut PAS. Semua parti di Mlesia akn sebut Pas dlm himpunan mereka.Kenapa?Sebab Pas memang lemah tapi semua takut dgn kekuatan Pas yg tiada pd yg lain.Istiqamah dengan Al-Quraan dan selagi tidak mungkar,maka Pas akan dirindu dan didengki

    BalasPadam
  3. Percayalah dilubuk hati mereka Masih yakin dengaq perjuangan Islam PAS..Dan wujud keluh kesah Dan kecurigaan Akan masa hadapan parti mereka...lebih lebih lagi dosa baiah dan KHIANAT masih menghantui masa silam mereka..

    BalasPadam