Header Ads

ads header

Flash News

Saya tertekan, terpaksa pinjam nak tampung belanja kata Najib


Bekas perdana menteri Najib Razak berkata hari ini beliau terpaksa meminjam wang bagi menampung perbelanjaan dan duit ikat jamin.

Najib membuat pendedahan itu selepas ditanya dalam suatu wawancara jika beliau merasa tertekan selepas dikenakan 39 pertuduhan jenayah dengan wang ikat jamin sekitar RM6 juta.

"Memang. Itu memang sesuatu saya tak dapat bayangkan, memang tertekan dan terpaksa pinjam dari pihak tertentu untuk tampung perbelanjaan atau ikat jamin begitu besar

"Banyak masa naik turun mahkamah tapi apakan daya itu sudah dilakukan oleh pihak tertentu. Kita akan teruskan pembelaan saya seberapa yang mampu. Mudah-mudahan kita dapat tentukan kebenaran," katanya pada temu bual dalam talian yang disiarkan Nothing to Hide Media.

Wawancara itu dilakukan Mohd Puad Zarkashi, bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini telah ditutup.

Najib dituduh menyelewengkan berbilion ringgit daripada syarikat pelaburan kerajaan 1MDB ketika menjadi perdana menteri dan menghadapi banyak tuduhan jenayah membabitkan kes itu, yang dinyatakan Jabatan Keadilan (DOJ) AS sebagai kes kleptokrasi terbesarnya.

Bergantung pada perbicaraan adil

Najib menafikan sebarang salah laku, berkata peguamnya yakin dapat menang.

Walau bagaimanapun, beliau berkata ini bergantung kepada perbicaraan yang adil dan sama ada para hakim yang mendengar kesnya menghadapi tekanan dari kerajaan atau tidak.

Najib juga mengulas isu salah urus kewangan yang membabitkan Lembaga Tabung Haji, mendakwa ia bukan kes rasuah.

"Mual bila dilontarkan isu ini. Pada fikiran rakyat mungkin ada wang yang hilang ke disonglap," jelas bekas perdana menteri.

Bekas presiden Umno itu juga menyebut laporan Ernst and Young mengenai akaun Tabung Haji.



Beliau bertegas aset Tabung Haji lebih banyak daripada liabilitinya.

"Maknanya tiada kesalahan... tiada salah dari segi peraturan cuma sama ada hibah tinggi patut dibayar atau tidak. Itu persoalannya.

"Tapi kalau dapat dividen deposit yang untung. Duit itu tak ke mana," katanya.

Audit daripada PriceWaterhouseCoopers mendapati Tabung Haji telah mengubah akaunnya untuk menyembunyikan defisitnya supaya dapat membenarkan bayaran dividen kepada pendeposit.

Ia juga menyebut Tabung Haji pada dasarnya telah membayar dividen menggunakan dana pendeposit.

Mengenai isu lain, Najib mendakwa perhimpunan membantah konvensyen PBB mengenai keadilan dan kesaksamaan kaum, Icerd lebih besar daripada perhimpunan Bersih.

Ia mendakwa perhimpunan anti-Icerd melambangkan keinginan rakyat untuk menyatukan umat Islam.

Bagaimanapun, katanya walaupun Umno dan PAS boleh bekerjasama, mereka harus sentiasa mengekalkan "jenama" masing-masing.

MR :  Cara pertuduhan yang banyak sangat mengelirukan. Buat satu dan buktikan kesalahannya dengan cepatkan pembicaraan tak boleh ke?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Meskipun 1 atau 1000 pertuduhan, ia hanya pertuduhan yakni belum tentu ada sabitan. Ini adalah bertepatan dengan komentar dari PiEm-7 bila ditanya tentang keterlibatan seorang pembesar parti 13 kerusi dalam skandal pembelian Hotel oleh Fgv. Itu belum ambil kira saluran Norllie Presquer seperti dalam kes banglo tanpa april pool.

    BalasPadam
  2. Mkn ikn bilih je dh laa..jimat blanje..rakyat marhaen bole je mkn tkkn ko tk bole bang jib..asik2 quinoa mmg tak aa

    BalasPadam