Header Ads

ads header

Flash News

Amaran gelombang ketiga keluar Umno lagi 10 hari


Wakil rakyat Umno yang keluar parti hari ini mendesak Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan segera atau berdepan “gelombang ketiga” anggota parlimennya keluar parti.

Anggota parlimen Larut Hamzah Zainuddin yang mewakili mereka menyalahkan Zahid gagal memikul tanggungjawab sebagai presiden ketika Umno sedang berdepan krisis kepercayaan anggotanya.

Hamzah berkata, jika Zahid enggan berundur, akan berlaku gelombang ketiga untuk ahli parlimen keluar parti.


“Kami berpendapat Ahmad Zahid gagal menetapkan hala tuju parti dalam keadaan sekarang dan wajar bagi beliau melepaskan jawatan,” beliau dipetik sebagai berkata dalam pertemuan eksklusif bersama NSTP di Kuala Lumpur.

“Ia juga berkaitan dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad Zahid menyebabkan ahli dan rakyat khususnya Melayu tidak yakin dengan kepemimpinan beliau untuk membawa Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang.”

Ditanya mengenai gelombang ketiga itu, beliau difahamkan seramai sepuluh lagi anggota parlimen akan berbuat demikian jika Ahmad Zahid terus kekal sebagai presiden dalam tempoh sepuluh hari akan datang.

Selain Hamzah, anggota Dewan Rakyat lain yang keluar parti hari ini ialah Rosol Wahid ( Hulu Terengganu), Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Empat orang ahli parlimen dari Sabah berbuat demikian dua hari lalu.

Kehilangan banyak anggota parlimennya itu kini menyebabkan penguasaan Umno dalam Dewan Rakyat kini di belakang PKR dan DAP.


MR :  PAS perlu fikir bagaimana mengambil "Opportunities" dalam situasi ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Lompatan yang berlaku tidak mengubah komposisi MP-2 Melayu secara keseluruhan. Namun ia mengubah distribusi wakil2 Melayu dari konsentrasi yang lebih besar (dalam Oposisi) menjadi kecil atau sederhana (dalam PH). Secara tidak langsung mengurangkan kuasa politik golongan ini menerusi impak "divide and rule". Ini sekaligus menyangkal impak lompatan adalah positif untuk "agama,bangsa dan negara".

    BalasPadam