Header Ads

ads header

Flash News

Ikut Kata Mahathir Mohamad Hasan pun nak tinggalkan Umno.. betul ke?


Berbeza daripada apa yang difahamkan kepada media, pertemuan beberapa pemimpin kanan Umno dengan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bukan berkaitan pembubaran parti.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru melanda Umno hari ini perdana menteri berkata 'rombongan' tersebut datang untuk memaklumkan rancangan mereka meninggalkan Umno.

Jika kenyataan itu benar, bermakna Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berdepan tekanan lebih kuat untuk melepaskan jawatannya.

Hal itu kerana seorang daripada pemimpin Umno yang bertemu Mahathir - dan gambar itu menjadi tular beberapa hari lalu - ialan timbalan Ahmad Zahid sendiri, iaitu Mohamad Hasan.

Ditanya mengenai pertemuan tersebut perdana menteri berkata tujuan rombongan berkenaan bertemu ialah untuk menyatakan hasrat mereka keluar Umno.

"Mereka datang berjumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan Umno.

"Mereka mahukan nasihat saya. Cuma itu, tak ada yang lain," katanya.

Enggan beri komen
Mahathir ditemui media selepas menghasiri sambutan ulang tahun ke-20 Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.

Pada 13 Dis lalu dua keping gambar menunjukkan Mahathir bertemu enam individu menjadi tular dan menimbulkan keresahan di kalangan penyokong parti politik.

Penasihat media perdana menteri A Kadir Jasin kemudian mengesahkan gambar itu tulen dan dirakam pada 22 Okt lalu.



"Perdana menteri yang dulu mereka maki dan caci jamu mereka makan malam.

"Kalau zaman raja-raja dulu kala boleh jadi dah mati kena racun," kata tokoh wartawan itu.

Selain Mohamad, tokoh yang menyertai makan malam itu ialah bekas setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor, Hamzah Zainuddin, Shahidan Kassim dan Noh Omar.

Untuk rekod, Hamzah sudah mengesahkan keluar dari Umno hari ini.


Semalam Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan dipetik BH Online sebagai berkata pertemuan tersebut diadakan untuk membincangkan saranan Mahathir yang mahukan Ahmad Zahid membubarkan Umno.

Sementara itu Mohamad yang dihubungi Malaysiakini petang ini enggan memberi komen lanjut.

"Saya tak ada di tempat kerja. Tak apalah, it's okay. No comment," katanya.


MR :  Makin menarik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Butang baju Melayu antik menarik untuk dibuat koleksi. Ramai yang berminat untuk mendapatkannya hinggakan permintaan jadi tinggi. sepatutnya bila permintaan tinggi, harga akan meningkat. Rugilah kalau barang antik dijual pada harga sama macam butang baju Melayu Baru.

    BalasPadam
  2. Dalam persekitaran ekonomi tak menentu, kalau ada jualan harga runtuh, rebutlah peluang itu. Kenapa nak biarkan si KAYA borong segala.

    BalasPadam