Header Ads

ads header

Flash News

Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid


GEORGE TOWN: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya ahli parti boleh memaksa beliau meletak jawatan sebagai presiden Umno, susulan seruan beberapa pemimpin parti memintanya melepaskan semua jawatan.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata di bawah perlembagaan Umno, undian 2/3 diperlukan untuk menggugurkan presiden parti.

“Saya hanya ingin katakan bahawa saya dipilih sebagai presiden Umno, bukan dilantik.

“Hanya 2/3 daripada ahli mesyuarat agung tahunan boleh membuat keputusan. Ini berdasarkan perlembagaan untuk untuk saya meletakkan jawatan atau bercuti sementera. Itu dalam perlembagaan Umno kita,” kata pemimpin pembangkang itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang keluar Umno bersama 5 ahli Parlimen lain berkata, jika Zahid enggan meletak jawatan dalam tempoh 10 hari, akan ada lagi 10 ahli Parlimen Umno yang akan keluar dari parti itu.

Beliau berkata Zahid gagal meyakinkan orang Melayu dan gagal menyelesaikan masalah parti.

Selain Hamzah, ahli Parlimen Umno yang meninggalkan Umno hari ini ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Sementara itu, di Twitter Zahid menyatakan mana-mana pemimpin Umno yang sudah memutuskan untuk keluar dari Umno, tidak berhak lagi untuk bercakap mengenai parti berkenaan.

“Biar mereka yang keluar, yang sudah keluar Umno tidak ada hak bercakap pasal Umno lagi. Ramai lagi yang boleh mengambil tempat mereka untuk jadi ahli Parlimen,” tulisnya.

Zahid turut mempersoalkan mengapa masih terdapat pemimpin Umno yang melatah selepas himpunan tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember lalu.

“Kenapa ramai sangat yang melatah selepas perhimpuan ICERD. Semangat dan maruah Melayu Islam tetap menjadi agenda utama,” katanya.


MR :  Lagi menarik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Bukanlah luar biasa bagi presiden parti keris sebatang meletakkan jawatan. Tak kurang 3 presiden telah melakunnya. Tak timbul cerita 2/3 itu dan ini. yang timbul ialah "untuk kebaikan jemaah".

    BalasPadam
  2. Ikut resmi padi, lagi berisi lagilah rapat ke bumi. Jangan ikut resmi deDap: lagi berisi lagi nak menongkat langit

    BalasPadam
  3. Alaa org2 umno tgh panik je tu, takut nanti ada lagi nak keluar parti berjamaah. So semua tuding jari pd zahid. Padahal benda ni semua plan madey je dgn puak2 pengkhianat ni. Samada zahid ada situ atau tidak diaorg dah mmg nak keluar, tp nak save face, tudinglah kat zahid, itu je

    BalasPadam