Baca tulisan pimpinan PAN, kita tahu kapalnya dah berkocak
Apabila dah dapat jawatan, hilang.. susah dihubungi, tidak banyak turun ke kawasan. Kerja parti pun nampak dah slow.. kerja perjuangan Islam jangan cakap. Dulu cakap lain sekarang nada cakap sedah berbeza... apa taknya keluar dan masuk kereta ada orang bukakan. Salahuddin dan Mahfuz tu kereta tak tahu pandu.. naik bas tapi sekarang lain tak lagi kena Salahuddin dulu.
Ini semua bukan saya yang kata, tapi diperkatakan dalam usrah termasuk usrah IKRAM. Kalau nak faham bahasa hati baca artikel bahasa perut.... tulisan pimpinan PAN yang tak dapat jawatan.
Bahasa perut dalam Malaysia Baru
Dalam pidato Presiden Amanah semasa konvensyen parti itu berlangsung di Meru, Ipoh hujung minggu lalu, Mohamad Sabu ada menyentuh soal ekonomi di bawah tajuk Memulih Ekonomi Negara.
Hampir semua pembahas juga membawa persoalan ekonomi. Ia bukan aneh kerana isu ekonomi adalah mauduk politik.
Ekonomi sebenarnya ialah persoalan teras pembinaan semula negara bangsa. Bangsa yang tidak kuat ekonominya tidak akan mampu membina negara bangsanya sendiri.
Bangsa iu akan hilang bahasa, hilang identiti, hilang wajah, tidak berjiwa, kosong dan amat mudah dirasuk dengan elemen politik sempit.
Tambahan pula dalam negara pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia, hal ini sangat memungkinkan.
Konsep negara bangsa yang hendak dibina bukan bermula selepas keruntuhan BN pada 9 Mei lalu.
Konsep negara bangsa kita terbina sejak pejuang kemerdekaan dan pemimpin kemerdekaan merumuskan rupa bentuk negara baru. Ia terbina secara rasminya pada hari negara ini merdeka.
Usah hilang nafas bangsa
Perjanjian sosial antara son of soil dengan kaum pendatang yang bersedia menumpahkan kesetiaan mereka kepada raja dan negara tidak sekadar diingati, tetapi difahami sedalam-dalamnya.
Perjanjian sosial itu diterjemah dalam Perlembagaan Persekutuan yang dianggap sebagai panduan tertinggi dalam bermasyarakat di negara yang baru mendapat kemerdekaan.
Oleh itu, Amanah jangan hilang nafas bangsa dan bahasanya sendiri dalam mendaki puncak lebih tinggi. Ekonomi adalah bahasa kesejahteraan rakyat. Itulah salah satu antara bahasa yang difahami oleh Nabi Sulaiman AS sebagai diungkapkan dalam pidato Mohamad.

Keadaan ekonomi dalam sesebuah negara adalah bahasa kesejahteraan.
"walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri."
Rangkai kata itu terdapat dalam puisinya bertajuk Melayu.
Hari ini walaupun kaum Melayu menjadi tuan, hakikatnya tidak sedemikian dalam konteks ekonomi. Orang Melayu di kampung-kampung menghadapi masalah kejatuhan harga komoditi sejak sebelum PRU ke-14 lagi.
Bukan rejim lama semata-mata
Ia sesuatu yang membebankan bukan sahaja ekonomi isi rumah tetapi juga kehidupan masyarakat secara keseluruhannya.
Penurunan itu berterusan. Dianggarkan 70 peratus daripada kategori B40 adalah kaum Melayu.
Harga ikan temenung sekilo RM12 hingga mencapai RM16. Telur ayam gred C pula RM14 sepapan.
Sinar kemenangan PH belum mampu memadamkan keresahan orang lapar dan orang miskin.
Perkembangan kewangan dan pelaburan negara di peringkat antarabangsa pula menunjukkan penarafan Moody's juga menunjukkan indeks ekonomi negara berada dalam keadaan lebih rendah dari setahun yang lalu.
Ini memberi kesan pada kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Saham milik beberapa syarikat juga terus merosot, termasuk TH Plantation (turun 45 peratus), TM (35 peratus) dan Axiata (35 peratus).
Rizab antarabangsa negara pada Okt tahun ini ialah RM101 billion, menyusut daripada RM109 billion pada April.

Itu memang perlu tetapi yang sangat diutamakan kini ialah menimbulkan keyakinan, kelestarian dan keampuhan ekonomi negara kepada pelabur sama ada dalam atau luar negara.
Belajawan 2019 yang disebut sebagai inisiatif ekonomi rakyat juga gagal merangsang keyakinan pelabur dan memberi kesan negatif buat rakyat. Saham di bursa tidak menunjukkan sebarang angka yang positif.
Bukan amalan lazim
Presiden Amanah juga mengulangi dakwaan tentang hutang RM1 trilion, sedangkan amalan kewangan dunia yang kita amalkan selama ini tidak memasukkan kedua-dua item tersebut.
Begitu juga amalan Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) selama ini.
Agenda politik kita terlalu obses dalam keghairahan berjaya menumbangkan raksasa berusia 60 tahun itu. Sesungguhnya kemenangan PH rapuh dan satu titik kritikal dalam politik negara.
Usah biarkan keghairahan membina semula negara ini akhirnya musnah disebabkan euphoria tidak terkawal. Jangan disia-siakan keberanian dan pengorbanan rakyat melakukan perubahan.
Sehubungan dengan itu, ada empat perkara yang dikemukakan pada tulisan ini, iaitu:
- Para menteri dan pimpinan PH perlu berhenti menuding jari pada kelemahan dan kebobrokkan rejim lalu. Rakyat sedia maklum bahawa rejim BN korup - dan penyangak - bak kata Mahathir Mohamad. Hukuman kepada mereka sudah berjalan dan akan terus berlangsung dalam pemikiran rakyat Malaysia. Pimpinan dan ahli PAS pun setuju bahawa BN adalah parti korup dan perlu diganti.
- Menteri Kewangan bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, para anggota lain kabinet serta pegawai kerajaan membuat satu pendekatan ekonomi yang konstruktif dan berskala jangka panjang.
- Agenda memperkukuhkan ekonomi pribumi terus dijadikan teras pembinaan semula negara. Kiranya ekonomi pribumi masih mundur, agihan kekayaan tidak seimbang, tragedi 13 Mei akan terjadi.
- Tragedi itu menggunakan nama-nama lain tetapi asbabnya masih sama - ekonomi tidak seimbang.
- Mengawal neo-liberalisasi ekonomi yang merobek falsafah negara bangsa yang sedang dalam proses pembinaan. Dan matlamat Dasar Ekonomi Baru perlu dikembalikan dalam penggubalan pendekatan yang lebih nasionalis.
- Nasionalis harus difahami dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia. Bukan nasionalis perkauman, fasis atau asabiyah.
DR MUHAIMIN SULAM
MR : ............
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Pan dianggotai org2 hebat dan profesional.Hebatnya Hanifa kalu sy jadi tuhan.Hebatnya Khalid Samad, nabipn terkait tkleh tunai janji.Tukang baca doa us.Ahmad Awang membisu
BalasPadam