Header Ads

ads header

Flash News

Nik Omar tiada hak atas MADA - Mohd Amar


KOTA BHARU: Anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar, tidak mempunyai hak ke atas Maahad Darul Anuar (MADA), Pulau Melaka selepas ia diserahkan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk diuruskan tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keluarga Allahyarham Nik Aziz menyerahkan MADA kepada YIK untuk pengurusan pentadbiran termasuk melantik pengetua baharu.

Katanya, ini kerana MADA pada masa ini tidak mendapat sambutan daripada orang ramai kerana bilangan pelajar terkini hanya 100 orang lebih berbanding sebelum ini lebih 1,000 pelajar.

“Keluarga Tok Guru (Allahyarham Nik Aziz) menghantar surat dua tahun lalu memohon supaya MADA diuruskan oleh YIK berikutan kurang sambutan daripada orang ramai.

“Tanah pembinaan MADA sudah diwakafkan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang memberi kuasa kepada YIK untuk urus MADA tahun hadapan selepas keluarga bersetuju. Ustaz Nik Omar adalah individu tetapi keluarga nak serah kepada YIK.

“Keluarga yang mewakili Allahyarham Tok Guru. Ustaz Nik Omar tiada hak ke atas tanah itu kerana ia sudah diwakafkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) yang diketuai Presiden, Azran Fitri Abdul Rahim.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, pengambilalihan MADA oleh YIK membolehkan Nik Omar fokus kepada jawatannya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kemelut yang dihadapi MADA apabila Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Nik Omar tidak mahu menyerahkan Maahad itu kepada YIK untuk diuruskan.

MR :  Kemulut masalah kerana dia rasa amanah untuk MADA adalah hak peribadi daripada ayahandanya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan