Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu jadi Umno 2.0 satu penghinaan


PUTRAJAYA – Ketua Penerangan Bersatu Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa Bersatu akan bertukar wajah menjadi 'Umno versi 2.0' dengan ramai bekas pemimpin dan anggota Umno dilaporkan ingin menyertainya.

Beliau menegaskan pandangan seumpama itu merupakan satu penghinaan kepada perjuangan Bersatu yang ditubuhkan pada 8 Sept 2016.

Mohd Radzi menarik perhatian bahawa Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai pemimpin dan anggota lain berjuang atas dasar semangat untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada waktu itu.

Apa yang ditentang, katanya, ialah keburukkan kerajaan terdahulu antaranya dari sudut penyelewengan, rasuah dan tadbir urus yang amat lemah.

"Jadi apabila orang kata Bersatu ini akan diambil (alih) oleh Umno, akan dijadikan Umno 2.0, itu satu ‘insult’ (penghinaan) kepada perjuangan parti," kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pendedahan demi pendedahan oleh kerajaan Pakatan Harapan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan institusi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta entiti melibatkan orang Melayu termasuk Lembaga Tabung Haji dan Felda, dilihat menyedarkan anggota dan pemimpin Umno untuk meninggalkan parti itu.

"Ramai yang cukup marah, seolah-olah mereka diperbodohkan," katanya, sambil menambah ramai yang dilihat ingin bersama Bersatu yang memperjuangkan kebenaran.

Bagaimanapun, Mohd Radzi menegaskan semua permohonan untuk menyertai Bersatu akan ditapis dengan teliti demi menjaga imej dan integriti parti. - Bernama

MR :  Dah memang spesis sama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan