Header Ads

ads header

Flash News

Bersih kecewa PM tolak pilihan raya tempatan


PETALING JAYA: Pemantau pilihan raya Bersih 2.0 hari ini kecewa kerajaan mengumumkan pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan diadakan, dan menepis kebimbangan tentang ketidakseimbangan kaum jika pilihan raya itu diadakan semula.

Pengerusi Thomas Fann berkata keputusan yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak membincangkan dan membahaskan merit mengadakan semula pilihan raya itu, yang kali terakhir diadakan pada 1964 semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Fann berkata langkah itu satu “langkah ke belakang” dalam usaha menguatkan demokrasi di Malaysia.

“Pilihan raya kerajaan tempatan asas setiap demokrasi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus mengalakkan perbincangan tentang pilihan raya kerajaan tempatan, dan menambah kebimbangan mengenai konflik kaum dan jurang bandar-luar bandar yang diluahkan oleh Dr Mahathir tidak berasas dan hanya spekulasi.

Merujuk data bancian 2010, Fann berkata penduduk Melayu di Kuala Lumpur adalah 49.5%, mengatasi penduduk Cina yang membentuk 43.2%.

“Tidak benar juga jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, mereka akan didominasi oleh bukan Melayu kerana demografi kawasan bandar telah berubah dengan ketara sejak 1960-an.

“Bahkan kebanyakan kerajaan tempatan di kawasan luar bandar di Semenanjung akan diwakili majoriti orang Melayu jika pilihan raya diadakan,” katanya.

Fann berkata memilih wakil kerajaan tempatan adalah hak setiap pembayar cukai, dan menambah sekarang ini ramai individu tidak layak dalam majlis pihak berkuasa tempatan, menyebabkan ketidakcekapan dan korupsi.

“Inilah legasi yang ditinggalkan kerajaan terdahulu dan kerajaan baharu harus merebut peluang ini untuk membebaskan diri daripada budaya korupsi,” katanya.

Fann menggesa Dr Mahathir berfikiran terbuka tentang pilihan raya kerajaan tempatan, mengatakan datuk bandar dan ahli majlis harus dipertanggungjawabkan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan tidak ada rancangan untuk menghidupkan semula pilihan raya kerajaan tempatan atas kebimbangan berlakunya konflik kaum.

Merujuk kepada kemungkinan wujudnya perbezaan antara demografi bandar dan luar bandar, beliau berkata, pilihan raya kerajaan tempatan mungkin akan menghasilkan “keputusan yang salah”.

Fann menepis kebimbangan Dr Mahathir, mengatakan perdana menteri perlu rujuk maklumat terkini demografi bandar.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan