Header Ads

ads header

Flash News

Pertikaian maritim: Singapura kecewa Malaysia enggan undurkan kapal


PETALING JAYA: Kerajaan Singapura kecewa dengan keputusan Malaysia yang tidak mahu mengundurkan kapal dari perairan yang menjadi pertikaian.

Ia menyusuli kenyataan daripada Wisma Putra malam tadi mengatakan ia tidak bersetuju dengan cadangan Singapura meminta Malaysia kembali ke status quo sebelum 25 Oktober apabila Malaysia mengubah had Pelabuhan Johor Bahru.

“Malaysia mengakui cadangan Singapura tidak akan menimbulkan prasangka terhadap tuntutan masing-masing berkenaan sempadan maritim.

“Singapura kecewa Malaysia tidak dapat menyetujui cadangan Singapura iaitu kembali ke status quo ante sebelum 25 Oktober 2018,” kata Kementerian Luar Negeri Singapura.

Bagaimanapun, Singapura rasa “digalakkan” apabila Malaysia akan mengambil “langkah-langkah efektif” untuk meredakan keterangan tentang isu itu dan menangani situasi secara tenang dan aman.

“Singapura juga mengalu-alukan persetujuan kerajaan Malaysia untuk para pegawai bertemu pada minggu kedua Januari 2019, untuk bertukar pandangan mengenai menyelesaikan isu had Pelabuhan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan.

Singapura mengulangi seruan kepada Malaysia untuk kembali ke status quo sebelum 25 Oktober kerana ia akan mengelakkan “salah faham dan isu-isu yang berpotensi di lapangan”, mengatakan atur gerak Putrajaya “tidak menguatkan tuntutan undang-undangnya”.

“Ia hanya meningkatkan ketegangan. Malaysia akan bertanggungjawab ke atas sebarang situasi yang tidak diingini di lapangan yang timbul daripada atur gerak kapal-kapal ke kawasan itu,” kata kenyataan itu.

Putrajaya pada 25 Oktober mengubah had Pelabuhan Johor Bahru tetapi dibantah keras oleh Singapura yang mengatakan keputusan itu dibuat sebelah pihak.

Republik itu mendakwa perubahan itu memasuki perairannya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu berkata Malaysia berhak mengubah had Pelabuhan Johor Bahru dan perubahan itu tidak memasuki perairan Singapura.

Singapura kemudian mengubah had Pelabuhan Singapura di Tuas berkuatkuasa 6 Disember.

Malaysia baru-baru ini mencadangkan kedua-dua negeri menghentikan dan menghalang penghantaran aset ke kawasan pertikaian itu berkuat kuasa 8 Disember sementara menunggu perbincangan mengenai isu sempadan laut yang belum selesai, tetapi tidak disetujui Singapura.

Awal hari ini, Dr Mahathir berkata kapal-kapal Malaysia akan kekal di perairan yang menjadi pertikaian itu buat masa ini. Beliau berkata Wisma Putra akan bertemu rakan di Singapura tentang “pertindihan tuntutan”, dan menambah Malaysia tidak mahu berlawan.

Singapura berkata Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang K Shanmugam, serta Peguam Negara Lucien Wong, bertemu Peguam Negara Tommy Thomas untuk membincangkan perkara itu pada 7 Disember.

“Pegawai Singapura mencadangkan kepada Thomas supaya Malaysia kembali ke status quo ante sebelum 25 Oktober 2018, tanpa prasangka kepada tuntutan Malaysia dan Singapura ke atas sempadan maritim antara kedua-dua negara di kawasan yang kini dituntut Malaysia.

“Tuntutan sempadan maritim boleh dibuat bawah undang-undang antarabangsa, mengikut tatacara yang ditetapkan, tanpa perlu kapal menghadap satu sama lain,” katanya.

Singapura berkata ia berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia untuk mencari penyelesaian yang baik berdasarkan undang-undang antarabangsa dan semangat mengekalkan hubungan dua hala mereka.

Cadangan balas Singapura dibuat selepas ia menolak cadangan Putrajaya untuk kedua-dua negara untuk saling menghentikan dan menghalang penghantaran aset ke kawasan yang dipertikaikan berkuat kuasa 8 Disember.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kita tengok bagaimana Peguam Negara Tommy Thomas mengatasi masalah ini. Pilihan PM yang dikatakan lebeh baik dari dulu. Singapura kalau buat sesuatu kerajaan nya sudah teliti dahulu semuanya termasok dalam rule of law.

    BalasPadam
  2. Tuas..hak malaysia. Mana2 keliling dia...perairan malaysia.

    BalasPadam