Header Ads

ads header

Flash News

Bubar BN, biar MCA cari rakan baru


Pemuda MCA berkata parti itu perlu menggesa ke arah pembubaran BN bagi membolehkannya membentuk gabungan baru bersama parti yang mempunyai ideologi yang sama.

Ketuanya Nicole Wong berkata ia merupakan pendirian sayap itu selepas perbincangan tertutup ketika perhimpunan agung tahunannya di Kuala Lumpur hari ini.

"Pemuda mencadangkan pembubaran BN dan untuk MCA mencari rakan baru," katanya sambil menegaskan parti itu tidak perlu bekerjasama dengan parti yang "mengamalkan ekstremisme".

Wong bagaimanapun tidak menjawab apabila ditanya sama ada MCA akan menerima Umno dan PAS sebagai rakan dalam gabungan baru yang dicadangkan.

"Saya tidak mahu nyatakan parti mana yang akan diterima atau ditolak," katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, "Masyarakat Cina boleh mengundi PAS. Anda boleh tanya mereka sama ada pernah mengundi PAS seleaps dipujuk untuk berbuat demikian."

"Jadi ada ruang untuk kita berbincang (tentang rakan pada masa akan datang). Jangan ikat kita sekarang," katanya lagi.


MR :  Setuju, bubar aje BN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Takut kepada bayang-bayang yang direkacipta sendiri.Terima hakikat di malaysia PAS berdiri di bawah kerangka undang-undang setiap aktiviti berpolitik.Kelantan telah buktikan selama 28 tahun, orang cina tiada yang tertindas. Menolak PAS bermakna MCA akan hanyut sendiri berasaskan ketakutan yang dicipta sendiri. Buka minda dan teroka perbincangan serta kenali PAS dari dekat,bukan cipta hantu2 yang tidak wujud. itupun kalau MCA rasa hayatnya perlu panjang.

    BalasPadam
  2. MCA nak kawan baru DAP ker?

    BalasPadam
  3. Parti MaCAi dan parti biaDAP adalah kembar siam yang pandai main wayang opera china untuk menipu kaum Melayu yang naif termasuklah parti keris telanjang.

    BalasPadam
  4. MCA terasa hebat, tp berapa kerusi MP yg telah dimenangi. Perasan tak habis2. Pirrrahhhhhh.

    BalasPadam