Header Ads

ads header

Flash News

PRK Rantau: Streram antara 5 nama calon PH


SEREMBAN: Timbalan Ketua PKR Rembau Dr S Streram antara lima nama yang dicadangkan oleh PKR Negeri Sembilan untuk pertimbangan pucuk pimpinan sekiranya pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diadakan, kata pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata pada masa sama terdapat beberapa pemimpin lain turut menawarkan diri untuk bertanding.

“Biasalah…setiap kali ada pertandingan masing-masing menawarkan diri. Ini merupakan satu demokrasi yang biasa dan kita sedia maklum dan serah kepada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa calon terakhir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Beramai-ramai ke-11 KPJ Seremban hari ini.

Beliau yang diminta mengulas mengenai perebutan dalam kalangan beberapa pemimpin PKR Rembau untuk menjadi calon PRK itu bagaimanapun berharap mereka yang tidak terpilih tidak akan berkecil hati dan bersama-sama membantu menggerakkan jentera untuk merampas kerusi DUN berkenaan.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya membatalkan kemenangan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan di kerusi berkenaan selepas hakim membenarkan petisyen yang difailkan calon PH, Dr Streram.

Pada hari pencalonan 28 April lalu, Mohamad diisytiharkan menang tanpa bertanding di kerusi itu selepas satu-satunya pencabar Dr Streram gagal menghantar kertas pencalonan kerana dilarang masuk ke pusat penamaan calon disebabkan tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Mohamad pada Khamis dilapor memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.


MR :  Bila nampak peluang ramai yang tawar diri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Pemimpin-pemimpin rasis India telah

    (1) menghina, memburuk-burukkan dan menfitnah agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu

    (2) menghina dan menfitnah kaum Melayu sebagai kaum pendatang.

    (3) Exco rasis DAP telah menfitnah umat Islam @ orang Muslim menyerang kuil hindu untuk mencetuskan konflik antara kaum.

    (4) Dll

    Dan sekarang pakatan mahu mencalonkan calon hindu lagi dalam PRK ???

    Maka jelaslah sikap lidah biawak pakatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. (3) Exco rasis DAP telah menfitnah umat Islam @ orang Muslim menyerang kuil hindu dan hasutan dan fitnah ini boleh mencetuskan konflik antara kaum.

      Padam
    2. Komen 10:19 PG adalah pembetulan untuk no 3 dalam komen 10:13 PG.

      Padam