Header Ads

ads header

Flash News

Hassan Karim pula tolak jawatan pengerusi PKR Johor


Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menolak pelantikan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Johor berkuat kuasa hari ini selepas dipertikaikan.

Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau percaya PKR perlu meminda perlembagaannya berhubung fasal pemilihan dalam pelantikan tersebut.

"Pemilihan saya sebagai Pengerusi MPN Johor turut dipertikaikan.

"Jadi adalah wajar saya meletakkan jawatan. Pengerusi baru perlulah dipilih secara lebih demokratik dan telus selaras dengan prinsip perjuangan reformasi Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Terdahulu, bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya membidas parti itu yang didakwa mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam melantik pengerusi PKR negeri.

Ini termasuk pelantikan anak presidennya, Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Tidak lama kemudian Nurul Izzah mengumumkan beliau meletakkan semua jawatan termasuk naib presiden PKR.

Menurut Hassan beliau akan kekal menyokong kerajaan sedia ada meskipun menolak jawatan sebagai pengerusi PKR negeri.

"Saya dengan rasminya menolak perlantikan (pengerusi PKR negeri) tersebut berkuatkuasa hari ini.

"Saya kekal sebagai ahli biasa Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Pasir Gudang (Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat)

"Saya akan menyokong kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen.

"Saya juga akan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan bakal Perdana Menteri Malaysia," katanya.


MR :  Hebat permainan antara Rafizi-Azmin


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan