Najib, Arul tiba di mahkamah untuk pendakwaan pinda laporan 1MDB
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini bagi dakwaan meminda laporan audit 1MDB.
Arul tiba pada jam 8.05 pagi, manakala Najib tiba 30 minit kemudian, masing-masing diiringi pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketika disapa media, Arul hanya berjalan terus sambil tersenyum memasuki mahkamah.
Semalam, SPRM menahan Arul berkaitan dakwaan meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, kata peguamnya, Datuk N Sivananthan.
Sivananthan berkata, anak guamnya ditahan pada 10.30 pagi semalam, selepas sejam tiba di ibu pejabat SPRM, di sini, untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.
Najib dijangka didakwa menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda, manakala Arul Kanda akan dituduh bersubahat atas kesalahan itu.
Kelmarin, Najib ditahan kira-kira 2 jam 30 minit di SPRM, ketika hadir memberi keterangan berhubung dakwaan pindaan laporan akhir audit 1MDB itu sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Pada 6 Disember lalu, Najib pertama kali memberi keterangan kira-kira 4 jam kepada SPRM berhubung kes sama.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP



MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan