Header Ads

ads header

Flash News

Peguam dakwa SPRM buat pusingan ‘U’ dalam pertuduhan Najib


KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat “pusingan U” dalam pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Najib didakwa mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, sekiranya Najib mengarahkan laporan itu dipinda, ia bermakna laporan itu sudah siap dan sedia dibentangkan kepada PAC.

Ini kerana, katanya, pindaan hanya boleh dilakukan terhadap laporan akhir, bukannya dalam proses draf.

“Sekarang, pihak pendakwa raya buat pusingan U dengan mengatakan bukan perkara itu dan berkata di peringkat draf, Najib mengarahkan buat beberapa pindaan, tetapi bukan mengubah laporan tersebut.

“Bekas ketua audit negara yang menyediakan laporan itu kata tiada siapa yang arah beliau buat pindaan itu.

“Kalau buat pindaan, bermakna laporan itu sudah siap, tetapi Najib arah perkara itu diubah,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

Shafee berkata, pertuduhan terhadap Najib berbeza dengan kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang mendakwa Najib mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, bukannya draf laporan itu.

Pada 24 November lalu, Madinah dilaporkan berkata, Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda dan Najib tahu mengenainya.

Madinah mendakwa 2 perkara penting digugurkan dalam laporan itu, iaitu kehadiran ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentang kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya.

Najib dituduh mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu antara 22 dan 26 Februari 2016 di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, Najib boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. bila nak habis case ini . nak tunggu sampai pr15.

    BalasPadam
  2. Untuk kempen pru15. Ingat.... banyak lagi pertuduhan kan ada. Akan jadi mcm kes al jub la. Kali ni pendakwaan pula akan minta tangguh supaya sampai pru 15

    BalasPadam