Header Ads

ads header

Flash News

Najib sindir Tony Pua SST berjaya turunkan harga telur


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir Tony Pua, kononnya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berjaya menurunkan harga barang, termasuk telur.

Dalam satu catatan di Facebook hari ini, Najib berkata kebanyakan masyarakat menyanggah kenyataan kerajaan bahawa harga telur telah turun sebanyak 2 sen.

“Peruncit dan pengguna menyanggah pengumuman amat penting dari Menteri PH kita minggu lepas bahawa harga telur telah turun sebanyak 2 sen.

“Peruncit dan pengguna kata harga telur tidak turun. Malah, mereka berjangka harga akan terus naik lagi minggu depan,” katanya.

Dalam masa sama, Najib menyindir Tony, yang juga Setiausaha Politik Lim Guan Eng, dan menggesa beliau mengambil langkah bagi memastikan kenaikan harga barang tidak menjejaskan pengguna.

“Tony Pua dengan teori dia bahawa cukai SST akan menurunkan harga barang-barang patut membuat sesuatu,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mengumumkan akan berlaku penurunan harga telur di pasaran sebanyak 2 sen, susulan inisiatif kerajaan bekerjasama dengan pengusaha.

“Pihak pengeluar ayam telah bersetuju atas cadangan Kementerian untuk mengurangkan harga telur di peringkat ladang sebanyak 2 sen bagi menstabilkan kembali harganya di pasaran selain memastikan bekalan telur mencukupi ketika musim perayaan ini,” katanya,

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, harga telur ayam bagi semua gred naik melebihi 40 peratus semenjak April lalu, dengan harga terkini telur ayam Gred A mencanak kepada RM0.42 sebiji, berbanding RM0.26 pada 3 April.

MR :  Kerajaan PH membebankan rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Semasa GST dulu saya membeli seunit barang di kedai RM2.00, saya akan bayar untuk seunit barang sebanyak RM2.00 + RM0.12 = RM2.12

    Sekarang SST , 1 unit barang kedai RM2.00 berharga RM2.00 + RM0.20 = RM2.20.

    Ini bererti KERAjaan PH telah berjaya menaikan harga se unit barang = RM2.20 - RM2.12 = RM0.08.

    Jika orang membeli 100 unit barang, peningkatan harga ialah RM8.00.

    Tahniah dan syabas kepada KERAjaan PH kerana pandai berjaya menaikan harga barang keperluan dan menambahkan beban rakyat !

    Nanti PRU15 tipu rakyat lagi !

    Tepuk ......... !!!!

    BalasPadam
  2. KERAjaan PH telah berjaya menurunkan harga sebiji telur sebanyak 2 sen !!!!
    Wah ini pencapaian terbesar KERAjaan pakatan !

    Tepukkkk......

    BalasPadam