Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat mula sedar GST bukan punca utama harga barang naik kata Najib


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat mula sedar pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan faktor utama kenaikan harga barang.

Ini kerana, katanya, sudah 6 bulan GST dimansuhkan dan digantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sejak 1 September lalu.

Bekas perdana menteri itu berkata, harga barang tetap naik selepas SST dilaksanakan dan keadaan itu dijangka berterusan.

“Saya dah beritahu sebelum ini, bagaimana peniaga ambil kesempatan atas kelemahan sistem SST untuk elak cukai dan menjejaskan hasil kerajaan.

“Sebab itu tiada negara, kecuali Malaysia yang mengundur kepada sistem SST,” katanya dalam Facebook malam ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan ada kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca harga telur meningkat lebih 10 sen sejak 2 bulan lalu.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menurunkan kadar GST kepada 0% mulai 1 Jun lalu, sebelum menghapuskan Akta GST selepas 3 tahun pelaksanaannya.

Putrajaya kemudiannya memperkenalkan semula SST untuk menggantikan GST mulai 1 September lalu. Di bawah SST, 10% dikenakan untuk cukai jualan, manakala 6% bagi cukai perkhidmatan.

Najib berkata, pelaksanaan GST sejak 1 April 2015 menyaksikan pendapatan dan aset kerajaan meningkat, ekonomi semakin kukuh dan bantuan kepada rakyat bertambah setiap tahun.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, tindakan mengelak cukai juga berkurangan, selain defisit kerajaan menurun.

Tetapi, beliau mendakwa keadaan sebaliknya berlaku dengan pelaksanaan SST, di mana hasil kerajaan menyusut, bantuan kepada rakyat berkurangan sehingga ada yang dimansuhkan, ekonomi negara merosot dan banyak aset kerajaan terpaksa dijual.

“Sebelum ini, ramai terpengaruh dengan propganda jahat PH untuk membenci atau menyalahkan GST dan kerajaan Barisan Nasional, sampaikan ada yang berguling di atas jalan raya.

“Susah untuk menyalahkan pihak-pihak ini kerana propaganda dan penipuan PH terlalu kuat dan masa itu tidak ada peluang untuk orang ramai membuat perbandingan.

“Selepas GST dimansuhkan dan SST dilaksankan, kita boleh bandingkan dan lihat dengan mata sendiri.”


MR :  Rakyat pun sedar PH kaki kencing macam UMNO juga


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. G.S.T. atau S.S.T. rakyat tetap yang jadi mangsa . Satu terang terang lagi satu sembunyi sembunyi yang bahaya sembunyi sembunyi.

    BalasPadam