Header Ads

ads header

Flash News

Segera singkir duri dalam daging - Abdullah Sani


KUALA LUMPUR: Bekas Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya diibaratkan sebagai duri dalam daging dan perlu disingkirkan daripada parti.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata Latheefa yang dilihat tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan PKR disifatkan sebagai biadap kerana kerap mengkritik keputusan parti.

“Bagi saya dia umpama orang yang hilang arah tuju dan apakah dia ingat dia sempurna? Jika tidak bersetuju, boleh bagi surat kepada Presiden atau Setiausaha Agung, bukan tunjuk protes di media.

“Tindakannya membelasah kepemimpinan adalah amat tidak bermaruah dan saya menganggap dia sebagai duri dalam daging yang perlu disingkirkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Latheefa membidas parti itu yang didakwa mengamal kronisme dan nepotisme dalam melantik Pengerusi PKR negeri termasuk pelantikan anak presidennya, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Latheefa berkata, mengikut perlembagaan parti Presiden PKR. Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya berunding dengan Ketua Cabang negeri sebelum membuat sebarang lantikan.

Mengulas lanjut, Abdullah Sani yang juga Anggota MPP PKR berkata, Latheefa tidak memiliki kewibawaan dan tanggungjawab untuk terus berada di dalam parti.

“Saya cadangkan dia dilucutkan keanggotaannya. Jika tidak berpuas hati, keluarlah, kita tidak perlukan dia, apa sumbangan dia kepada parti...asyik mengkritik, dia terlampau biadap,” katanya.

MR :  Ni tuju kepada Latheefa atau kepada Azmin?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: