Semak Semula Kurikulum Sekolah, Belajar Agama Islam Mungkin Cukup Sekali Seminggu – Dr Mahathir
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan menguasai Bahasa Inggeris bagi menimba ilmu pengetahuan.
“Saya ingin mengingatkan setiap orang, Bahasa Inggeris bukan hanya untuk orang England sahaja tetapi adalah suatu bahasa universal. Bahasa ilmu. Untuk mendapat ilmu, anda mesti tahu Bahasa Inggeris.
Dalam mempelajari sains dan perubatan, kita perlu memahami Bahasa Inggeris dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) 2018 di sini malam tadi.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Beliau berkata kurikulum di sekolah juga perlu menitikberatkan penguasaan subjek yang boleh melahirkan graduan berkualiti dan tidak tertumpu pada subjek keagamaan sahaja.
“Kerajaan akan menyemak semula kurikulum sekolah. Seseorang menukar sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, belajar agama Islam dan tidak belajar perkara lain.
“Natijahnya, rakyat tidak benar-benar mengetahui mata pelajaran yang akan memberikan mereka pekerjaan.
“Kami akan menukar jadual waktu di sekolah. Kita akan belajar agama tetapi bukan dalam semua waktu dalam sehari. Mungkin seminggu sekali tetapi kita perlu kuasai semua mata pelajaran lain,” katanya. — Bernama
MR : Ini maklumat daripada mana? Dia ingat subjek agama ada setiap hari?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBengung tahap apa ni?
BalasPadamJika dikira jumlah masa murid belajar. sehari 12 waktu, seminggu 60 waktu, sebulan 240 waktu. cuba lihat perbandingan. Waktu Pendidikan Islam (8 waktu seminggu). Seminggu (PI 8 vs 52 Subjek akademik), Sebulan (PI 32 vs 208 Subjek Akademik). Komen YAB PM menunjukkan kemenjadian murid Pendidikan Islam.. Alhamdulillah
BalasPadamKalau nak mengampu PM pun agak-agaklah ! Mana bukti waktu Pendidikan Islam (8 waktu seminggu) di di waktu P & P di sekolah kerajaan???
Padamkerja dan rezeki tu kurniaan Allah... berusahalah dan tawakkal kpdnya. Agama pun suruh kita tuntut ilmu dunia, kalau dah tak mau belajar agama mana nak tau tuntutan ini?
BalasPadamMenuntut ilmu Islam adalah fardhua ain dan menuntut ilmu dunia yang tidak bercanggah dengan Islam adalah fardhu kifayah. Ilmu Islam (bukan ilmu sekular) membimbing kehidupan kita di dunia ini.
PadamApabila kepala bapak liberal bercakap, kedudukan dan keutamaan pendidikan Islam akan diletakkan di tempat paling bawah kerana pendidikan Islam tidak sesuai dengan ideologi manusia liberal yang hidup menyembah kehendak nafsu serakah sebagai tuhan.
BalasPadamMadrasah di Singapura di wajibkan ambil pelajaran English, Math, Science dan Alhamdullillah nampak nya murid murid madrasah dapat mengatasi walaupon dengan tambahan mata pelajaran tersebut dan ramai juga yang berjaya hingga ada yang masok NUS dan lain lain college pilihan mereka. Jadi tak ada masalah sekolah Kebangsaan ada mata pelajaran agama setiap hari dsamping mata pelajaran sekular. Tak nampak halangan yang murid tak boleh berjaya menguasai bahasa English yang TUN bimbangkan.
BalasPadamDi antara pelajar-pelajar paling cemerlang dalam pelbagai peperiksaan ialah pelajar-pelajar sekolah menengah kebangsaan agama yang mengambil m/p sains tulen, matematik tambahan , perakaunan dll.
BalasPadamDan mereka berjaya melanjutkan pelajaran di seberang laut dan menjadi professional seperti doktor, jurutera, arkitek dll yang cintakan Allah dan RasulNya.
Maka tindakan mengurangkan waktu belajar pendidikan Islam di sekolah adalah pengkhianatan dan sabotaj ke atas Islam dan umat Islam yang sangat jelas oleh puak munafik Melayu liberal dan puak kafir harbi.
kubur kata mari rumah kata pergi tapi masih sombong dan bongkak lagi kepada yg Maha Pencipta. itulah tun mahathir.
BalasPadamtak payah nak komen kalau ayat komen pun mcm rasa berdosa..kita tak tahu sama ada statement ni dari kebodohan reporter atau sebaliknya...hati2 dgn fitnah akhir zaman
BalasPadam