Header Ads

ads header

Flash News

Azmin pertahan tindakan soal lantik Rafizi sebagai naib presiden


KAJANG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan tindakannya mempersoalkan pelantikan jawatan utama dalam pucuk pimpinan PKR, termasuk Rafizi Ramli yang dilantik sebagai naib presiden oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan presiden PKR itu berkata, tindakannya itu bertujuan memenuhi aspirasi ahli parti.

“Saya akan terus bersuara, sama ada di dalam atau luar parti kerana menjadi tugas saya sebagai timbalan presiden.

“Saya jarang keluarkan kenyataan, saya jarang membuat sebarang kenyataan politik, jadi apabila saya mengeluarkan kenyataan, (memang) ada masalah. Tetapi, itu tidak bermaksud saya tidak mengikuti saluran yang betul. Sebelum kenyataan itu dikeluarkan, saya ada berbincang dengan presiden parti.

“Ada masa kita kena buat kenyataan secara terbuka. Saya (sudah) beberapa kali bertemu dengan presiden parti,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan “Simfoni” Rumah SelangorKu di sini, hari ini.

Anwar baru-baru ini menasihatkan Azmin sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada akar umbi dengan menggunakan saluran betul untuk menyuarakan pandangan terhadap sebarang isu berkaitan parti.

Teguran itu dibuat Anwar selepas Azmin meminta ahli Parlimen Port Dickson itu meneliti semula pelantikan jawatan utama dalam parti, dengan mengambil kira pandangan akar umbi.

Ini kerana, katanya, pelantikan sedemikian tidak mencerminkan prinsip “fair and just representation” terhadap aspirasi ahli dan tidak membantu parti terus maju.

Pada 28 Disember lalu, Anwar mengumumkan pelantikan Rafizi yang sebelum ini tewas dalam pemilihan PKR pada November lalu, sebagai naib presiden parti.

Turut dilantik sebagai naib presiden ialah Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju. Mereka antara 19 individu yang diumumkan untuk menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Gerakan halang Anwar jadi PM
Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi berkata, beliau tidak tahu mengenai gerakan menghalang Anwar menjadi perdana menteri ke-8.

“Pada pandangan saya, persefahaman dalam Pakatan Harpaan sebelum pilihan raya umum ialah Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat jadi perdana menteri dan selepas itu akan diteruskan oleh Anwar, persefahaman ini masih kekal.

“Cuma pada pandangan saya, berdasarkan sentimen rakyat, hentikanlah cakap-cakap ini.”

Azmin berkata, semua pihak perlu berhenti bermain politik dan memfokuksna pembangunan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.

“Tumpuan kita untuk memulihkan masalah kewangan negara, mengurangkan kos sara hidup rakyat, memastikan rakyat dapat pembelaan sebaiknya. Ini patutnya jadi tanggungjawab kerajaan hari ini dan inilah yang sedang dilakukan Dr Mahathir dan jemaah menteri Kabinet.

“Kita fokus pembangunan negara dan matikan cakap-cakap politik ini…Rakyat nak kita pulihkan negara, harga barang diturunkan, kos sara hidup diturunkan, bukan suruh kita gaduh dalam politik.”

Pada 4 Januari lalu, Anwar menafikan wujud konspirasi dalam PH untuk menghalangnya menjadi perdana menteri, seperti dijanjikan 4 parti komponen sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.

Tetapi, katanya, ada sekumpulan kecil orang dalam gabungan PH yang mahu “mensabotaj aturan itu”.

Berdasarkan perjanjian antara kepimpinan PH, Anwar yang berjaya memasuki Parlimen selepas memenangi pilihan raya kecil Port Dickson pada Oktober lalu, akan menggantikan Dr Mahathir menerajui negara dalam masa 2 tahun.

Tetapi, isu itu dibangkitkan semula dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM minggu lalu, apabila seorang perwakilan dari Kelantan mencadangkan Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri selama 5 tahun sehingga pilihan raya umum ke-15 diadakan.

MR :  Tunggu belah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan