Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan Tidak Rasmi: BN Menang Di PRK Cameron Highlands


Semua peti undi di Parlimen Cameron Highlands telah ditutup pada pukul 5:30PM tadi.

Peratusan keluar mengundi akhir di PRK Cameron Highlands adalah 70%.

Peratusan ini adalah memberansangkan dan adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lepas iaitu PRK Sungai Kandis (49%), PRK Balakong (43%), PRK Seri Setia (44%) dan PRK Port Dickson (58%).

Keputusan awal tidak rasmi menunjukkan yang BN telah menang di kesemua peti-peti undi di DUN Jelai.

Keputusan-keputusan awal yang diperolehi daripada peti-peti undi Orang Asli menunjukkan yang Orang Asli telah keluar mengundi dengan peratusan yang tinggi dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Keputusan-keputusan awal di peti-peti undi Melayu di Jelai juga menunjukkan pertambahan undi dan majoriti kepada Barisan Nasional.

Di PDM Kampung Keledek yang BN kalah pada PRU-14 yang lepas, kali ini BN menang dengan lebih 600 undi majoriti.

Ini menunjukkan penyokong-penyokong PAS telah keluar mengundi BN kali ini.

Berdasarkan maklumat-maklumat terkini yang diterima, saya unjurkan yang calon Barisan Nasional akan menang dengan majoriti di antara 1,000 ke 3,000 undi di PRK Cameron Highlands kali ini, lebih besar daripada majoriti 597 yang diperoleh pada PRU-14 yang lepas.

Namun jika keputusan SPR menyatakan BN kalah dan PH pula disytiharkan menang, saya pasti ada sesuatu yang “pelik” telah berlaku.

ISHAM JALIL
26 Januari 2019
6:30PM





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan