Lim Kit Siang Cuba Fitnah Abdul Hadi
PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan Lim Kit Siang bahawa beliau membincangkan soal jawatan perdana menteri dengan DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ketika berada dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Seingat saya PAS tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi perdana menteri, atau menggelarkan diri sebagai perdana menteri menanti.
“Mungkin saudara Lim lebih kuat ingatannya, atau lebih tinggi andaiannya,” katanya menerusi kiriman Facebook.
Semalam, Lim mendakwa Hadi menerusi kepimpinan PAS mahu berbincang mengenai calon perdana menteri gabungan PR, kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak sesuai.
“Pemimpin PAS agak licik kerana tidak mencadangkan Hadi harus menjadi calon perdana menteri, dan secara diplomatik mencadangkan calon yang sesuai adalah veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Apabila pemimpin DAP membantah dan bertegas Anwar harus terus menjadi calon PR, dan kami tidak mencadangkan Hadi sebagai calon, pemimpin PAS mengugurkan subjek itu kerana tahu DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai perdana menteri dan cadangan menggantikan Anwar tidak lagi ditimbulkan,” kata Lim.
Veteran DAP itu juga berkata partinya dituduh anti-Islam dan anti-Melayu kerana enggan menyokong Hadi sebagai perdana menteri.
Sementara itu, Mohamad Sabu yang memegang jawatan timbalan presiden PAS pada ketika itu berkata beliau tidak mengetahui mengenai perbincangan tersebut.
“Barangkali perbincangan antara mereka… Saya tidak ada maklumat itu,” katanya ringkas.
Mohamad yang kini presiden Amanah meninggalkan PAS pada 2015 bersama ahli PAS yang lain dan menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru yang kemudiannya ditukar kepada Amanah.
MR : Fitnah dan kencing main biasa PH terutama DAP
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Kalau tidak fitnah bukan Lim Kit Siang
BalasPadamCukuplah jadi menteri hal ehwal Najib. Takkan nak tambah tugas hal ehwal Abdul Hadi
BalasPadam