Header Ads

ads header

Flash News

Manogaran, henti main isu perkauman, terima kekalahan dengan bermaruah – Wanita MIC


KUALA LUMPUR – Bekas calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen P078 Cameron Highlands, M. Manogaran yang kalah buat kali ketiga berturut-turut diminta menerima sahaja kekalahan dengan ikhlas dan bermaruah.

Malah, Manogaran diminta berhenti menggunakan isu perkauman bagi membakar kebencian rakyat dalam usaha menutup kelemahan diri serta kerajaan PH terutamanya DAP.

Menurut Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Usha Nandhini Jayaram, beliau cukup terkilan dengan sikap Manogaran yang tidak berhenti-henti menuding jari kepada semua pihak terutamanya Barisan Nasional (BN) kononnya beliau kalah kerana isu perkauman.

“Ingat Manogaran, anda juga yang mula bersikap perkauman apabila mengeluarkan kenyataan kononnya kaum Melayu tidak akan beli kuih di jual oleh masyarakat Orang Asli. Apabila dapat kecaman, cepat-cepat minta maaf.

“Anda juga yang keluarkan petisyen kononnya BN dan MIC ‘rasuah’ dengan beri kenduri dapatkan undi, anda juga yang beri duit petrol tapi halalkan perbuatan itu kononnya untuk sukarelawan walaupun ianya terjadi ketika musim kempen PRK dua minggu lepas.

“Masa berkempen, pemimpin DAP tidak habis-habis gunakan ‘ugutan’ dapatkan undi kononnya kini kuasa di tangan kamu dan hanya kamu boleh buat semuanya. Malah ada pemimpin PH ugut Tok Batin yang enggan undi BN.

“Sekarang, kamu kalah teruk, kamu kata salah BN kerana isu perkauman?

“Semua mengundi, bukan satu kaum sahaja, jadi jangan memandai hendak katakan ianya perkauman. Kamu dalam DAP suka sangat bercakap tentang perkauman sedangkan yang paling banyak berkuasa dalam parti kamu juga kaum tertentu.

“Cukuplah wahai Manogaran, terima kekalahan ini dengan hati terbuka. Mungkin sudah tiba masanya untuk bersara sahaja dari politik dan beri peluang kepada calon tempatan dan muka baharu dalam parti untuk bertanding,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

Usha mengulas kenyataan Manogaran mendakwa BN berjaya mempertahankan kerusi berkenaan kerana memainkan isu perkauman.

Manogaran berkata, beliau sama sekali tidak menyalahkan pengundi kerana kegagalannya merampas kerusi berkenaan.

“BN main isu kaum, saya tak salahkan pengundi. Ini menjadikan kami lebih kuat kerana kami tidak memandang agama dan kaum,” kata Manogaran semalam.

Calon BN, Ramli Mohd Noor, mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH),  Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Beliau memperoleh majoriti 3,238 undi berikutan 68.79 peratus daripada 31,639 pengundi keseluruhan, atau 21,428 orang keluar mengundi, dengan 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Jelas Usha lagi, kekalahan ini merupakan satu tamparan buat DAP yang ‘bongkak’ serta biadap sehingga menyebabkan sentimen rakyat tercalar sejak akhir-akhir ini.

“Cara bercakap semuanya bongkak belaka. Kamu fikir ada kerajaan pusat, negara ini kamu punya juga? Rakyat yang sama undi kamu boleh ada pilihan jika berterusan main sentimen kebencian serta tuding jari.

“Tolonglah, henti tuding jari macam budak-budak, henti jadi pembangkang. Dulu bila dapat kuasa negeri, kamu berikan pelbagai alasan banyak inisiatif untuk rakyat tidak boleh dilaksanakan tanpa kuasa pusat.

“Rakyat yang sama sudah beri mandat serta kuasa pusat, kamu pula terus salahkan pihak lawan dan main politik, jadi bila masanya hendak bekerja?

“Manogaran cakap banyak, jika sememangnya semua warga Cameron Highlands sukakan kamu, anda tidak perlu kempen, tidak perlu BN kempen sana sini, tentunya kamu terlampau popular sejak tiga pilihan raya lagi.

“Sebelum ini, anda juga di Teluk Intan, pastinya rakyat lebih dari gembira untuk menerima anda sebagai wakil rakyat. Tapi kamu kalah lagi, masyarakat tidak boleh berterusan menerima retorik kamu hanya mahu menuding jari.

“Yang asyik-asyik gunakan perkauman adalah kamu dan DAP. Terima sahajalah kekalahan, lagipun ini bukan kali pertama kamu kalah. Tiga kali berturut-turut dan masih mahu berterusan salahkan BN? Hakikatnya, penduduk Cameron Highlands sendiri tahu kamu hanya ‘wujud’ apabila menjelangnya pilihan raya.

“Jangan buat malu diri, ada banyak kepincangan dan patutnya DAP bermuhasabah diri dan tengok apa yang boleh dilakukan untuk kemenangan akan datang, jangan fikir rakyat akan berterusan buta dengan permainan politik kamu,” tegasnya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Terbaik dari Wanita MIC. yg pada hakikatnya DAP adalah parti rasis yg melampau. Ini Tun sendiri yg cakap bukan aku yg cakap. Tapi aku setuju 200% walaupun aku tak berapa nak sokong Tun.

    BalasPadam