Header Ads

ads header

Flash News

Sekali lagi Dr Mazlan Ali membuat analisis dangkal


Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berpendapat kemenangan calon BN, Ramli Mohd. Nor dengan majoriti 3,238 undi bukanlah satu keputusan di luar jangkaan.

Menurutnya, kekalahan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan hanya sekadar mendapat 8,800 undi disebabkan tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu, Orang Asli serta penyokong Pas.

“BN menang sebab sokongan padu Melayu/Orang Asli/Pas. Keputusan PRK ini tiada elemen luar biasa, cuma berlaku momentum sokong Melayu apabila Umno-Pas berkahwin (gantung),” ujarnya.

Apabila membaca kenyataan analisis yang kononnya pakar analisis tak ada apa yang pelik, tak ada apa yang dia ulas sekadar nak bela PH kerana dia ahli AMANAH. Dangkal....

Yang pelik yang perlu difahami oleh Dr Mazlan ialah ketika ini UMNO dan BN berada dalam yang sangat lemah dan BN hampir terbubar.

Malah UMNO juga mengalami krisis kepimpinan dan ramai pimpinan mereka dibicara dengan pelbagai tuduhan. Malah ramai MP UMNO juga melompat parti untuk menyertai PH.

MCA dan MIC yang hampir lumpuh keseluruhannya dengan kedudukan kerusi diparlimen sangat daif.

Kalau ikut logiknya UMNO tak boleh kekal undi 10k. Sekurang-kurangnya 30-40% sokongannya hilang.

Walaupun undi PH kurang hanya 900 sahaja. Tapi logiknya undi itu boleh meningkat 3-4k kerana penyokong UMNO berpindah kepada PH.

Apabila PAS membuat keputusan menyokong UMNO dan BN. PAS bukan sahaja memberikan undi tambah 3k kepada UMNO tetapi PAS memberikan momentum untuk UMNO kekal undi asalnya 10k.

Itu yang Dr Mazlan Ali bodoh nak faham.
Itu yang ahli-ahli dan pendokong PH tidak tahu situasi sekarang.

Walaupun PH kekal dengan undi semasa PRU-14 tapi gabungan PAS-UMNO boleh mengubah keputusannya lebih daripada 100 kawasan yang majoriti Melayu akan dikuasai oleh gabungan ini.

Yang menarik daripada keputusan CH ialah bagaimana PAS mampu suntik sokongan untuk UMNO tidak rebah. Itu yang Dr Mazlan Ali patut buat kajian.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. nak kata pandai bodoh nak kata bodoh pandai campor jadi pandai bodoh

    BalasPadam
  2. Apabila seorang barua dedak cap roket membuka mulut untuk bercakap tentang politik, ayat-ayat dedaknya mencerminkan penjajahan abang besar roket ke atas mentalitinya. Maka bercakaplah ia seperti burung kakak tua yang tidak memahami ucapannya sendiri. Kasihan.

    BalasPadam