Header Ads

ads header

Flash News

PRK Semenyih: ‘Jika calon BN ‘OK’, kita akan sokong’, kata PAS


PETALING JAYA: PAS tidak menolak kemungkinan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan, tetapi mahu melihat calon yang dipertaruhkan parti itu terlebih dahulu.

“Tengok dulu calon. InshaAllah,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada FMT hari ini, ketika ditanya mengenai pendirian parti itu sama ada akan menyokong BN di PRK Semenyih.

Pada 27 Januari lalu, PAS menyerahkan mandat kepada BN untuk menentukan calon dalam PRK Semenyih yang dijadual diadakan pada 2 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun pihaknya belum mengadakan mesyuarat, tetapi terserahlah kepada parti itu (BN) untuk meletakkan calon yang akan bertanding.

Berhubung PRK itu, Hadi berkata, beliau mengharapkan kerjasama parti pembangkang akan turut melibatkan soal penentuan calon yang dipersetujui bersama untuk mewakili pngundi Islam dan juga rakyat tempatan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, agenda penyatuan umat antara BN dan PAS di PRK Cameron Highlands menjadi penyumbang utama kepada kemenangan calon BN di kerusi Parlimen itu Sabtu lepas.

Mohamad berkata, kerjasama dan bantuan daripada PAS amat jelas sekali apabila pengundi yang memberi undi kepada parti tersebut pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, memberi kepercayaan kepada calon BN, Ramli Mohd Nor yang berjaya mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran dan 2 calon Bebas dengan majoriti lebih besar.

Ramli memperoleh 12,038 undi mengalahkan pencabar terdekatnya, M Manogaran yang mendapat 8,800 undi, dan 2 calon Bebas, Sallehuddin Ab Talib (314) dan Wong Seng Yee (276 undi).

PRK DUN Semenyih akan diadakan selepas kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, daripada PPBM pada 11 Jan lepas. Beliau meninggal dunia di Hospital Kajang akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Bakhtiar menewaskan penyandang kerusi itu, Datuk Johan Abdul Aziz (BN), Mad Shahmiour Mad Kasim (PAS) dan S Arutchelvan (PSM) dengan undi majoriti sebanyak 8,964.

Bakhtiar mendapat 23,428 undi menewaskan pencabar terdekatnya, Johan daripada Umno yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kerusi itu selama 2 penggal.

Menurut SPR terdapat seramai 54,503 pemilih yang layak mengundi dalam PRK Semenyih mengikut daftar pemilih suku ketiga 2018 yang dikemas kini sehingga 11 Jan lepas.

Pengerusi SPR Azhar Harun berkata, PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini. Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Feb, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masa skrg kerjasama itu penting buangkan sifat prasangka.

    BalasPadam