Header Ads

ads header

Flash News

Timbalan menteri minta kunci kenderaan jabatan hutan, kata pengadu


CAMERON HIGHLANDS: Pemandu kenderaan Jabatan Perhutanan Pahang telah melaporkan kepada polis bagi mempertahankan tindakannya menyerahkan kunci kenderaan kepada timbalan menteri.

Dalam laporannya, kakitangan jabatan hutan itu berkata, dia memberitahu timbalan menteri tersebut, yang juga pemimpin DAP, bahawa kenderaan kerajaan tidak boleh digunakan untuk kempen.

Bagaimanapun, timbalan menteri tersebut tetap mengambil kunci tersebut dan mengarahkan pembantunya memandu kenderaan itu.

“Saya telah menyatakan kenderaan tersebut milik Jabatan Perhutanan Pahang, namun YB (yang berhormat) itu meminta kunci kenderaan dan diserahkan kepada pembantunya untuk ambil peralatan muzik tradisional di kampung sebelah sejauh 1km,” kata pengadu dalam laporan tersebut.

Laporan dibuat di Balai Polis Raub. Seorang pegawai polis mengesahkan laporan itu dibuat semalam.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional Cameron Highlands, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan berlaku sedikit perang mulut antara anggota jentera Barisan Nasional (BN) dengan sekumpulan penyokong PH ketika berkempen di perkampungan Orang Asli antara Pos Lenjang dan Titom petang Ahad.

Seorang timbalan menteri juga dipercayai mahu merampas telefon anggota jentera BN yang merakam situasi itu.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan beberapa individu dari jentera calon BN mengambil video mengenai penyalahgunaan kenderaan Jabatan Perhutanan Pahang untuk membantu kempen calon PH.

Difahamkan perkara itu berlaku kira-kira 6.30 petang semalam semasa kumpulan konvoi jentera BN yang turut disertai calon BN, Ramli Mohd Nor, mahu pulang dari perkampungan berkenaan.

Ramli mengesahkan pihaknya membuat 2 laporan polis awal pagi tadi.

Laporan pertama dibuat 3.13 pagi tentang salah laku pengunaan kenderaan kerajaan oleh jentera PH bagi tujuan kempen, manakala laporan kedua dibuat 3.42 pagi tentang provokasi didakwa dilakukan penyokong PH.

Kedua-dua laporan itu dibuat di Balai Polis Sungai Koyan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan