‘AES zaman BN zalim, masa PH tepati Maqasid Syariah’, sindir Najib
Sia-sia sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) diserang mengenai pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), jika ianya bertepatan dengan Maqasid Syariah, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Hasanuddin Mohd Yunus kelmarin, bahawa pemasangan AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu, penumpang, keselamatan pengguna lebuh raya serta harta benda lain adalah menepati Maqasid Syariah.
Hasanuddin berkata, sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan, beliau sempat beramah mesra dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Hasil perbincangan berkenaan, beliau menganggap pelaksanaan AES adalah satu tindakan Islamik.
Malah, Hasanuddin berkata, walaupun ada golongan yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan dalam urusan AES, rakyat Malaysia yang ikhlas dan waras secara senyap akhirnya menghargai usaha murni kerajaan ini.
“Mengapa tidak pernah umum begitu sebelum ini? Kenapa tiba-tiba selepas jumpa menteri DAP terus dapat ‘sinar kerohanian’. Sia-sia BN kena serangan pasal AES pada masa dulu.
“Zaman BN, AES ini zalim dan menindas rakyat. Zaman PH, AES ini menepati Maqasid Syariah. Cantik! Nampak sangat nak backup menteri ‘i don’t care’ DAP saja,” kata Najib di Facebooknya, hari ini.
MR : PH kuat auta
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
❐ Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Hanyut dan terus hanyut.Lantaklah apa nak jadi,yang penting masyukkkk
BalasPadamBau hancing semakin kuat
BalasPadamPan dan semakin terserlah kebaruaannya.
BalasPadam