Header Ads

ads header

Flash News

Alasan bijak -- Program Maszlee di Semenyih tadi 'dirancang awal,' tiada kaitan PRK


HULU LANGAT, 11 Feb — Lawatan ke tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi hari ini tiada kaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, kata Maszlee Malek.

Menteri pendidikan juga berkata program yang disusun oleh kementeriannya di kawasan itu, termasuk di Beranang, telah dirancang lebih awal, lapor Utusan Online.

"Program yang dilakukan oleh kementerian berterusan pada setiap tahun, tidak kira sama ada PRK atau apa sahaja yang berlaku kita telah merencanakan program sedari awal dan bukan hanya di Beranang.

"Sama ada ada PRK atau tidak, kementerian akan melaksanakan segala program secara berterusan di seluruh negara," katanya selepas majlis pecah tanah bagi pembinaan sekolah itu.

Pilihan raya kerusi itu, yang disandang oleh parti Pakatan Harapan, bermula dengan penamaan calon pada Sabtu ini dan hari mengundi pula dijadual 2 Mac.

Maszlee juga berkata pembinaan sekolah itu tertangguh selama enam tahun disebabkan kelewatan kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) walau Selangor meluluskan tanah pada 2015.

Bersih 2.0 mempertikai "lawatan kerja" seorang lagi menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kawasan tersebut semalam.

Badan pendesak pilihan raya bebas dan adil itu juga mempersoal alasan menteri belia dan sukan yang menyatakan programnya "sudah dirancang lebih awal."


MR :  Tak ada beza dengan BN/UMNO... Yang bezanya BN ambil masa 60 tahun PH tak sampai setahun


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Menteri dari Ikram sudah pandai menipu juga. Dia ingat rakyat begitu bodoh dgn justifikasi dangkal mereka.

    BalasPadam