Header Ads

ads header

Flash News

Jadi mahu simpan AES dalam stor, soal Hasanuddin


KAJANG: Selepas dikritik berhubung kenyataan beliau mengenai pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menepati maqasid syariah, Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus mempersoalkan adakah alat itu yang dibeli dahulu mahu disimpan di dalam stor.

Beliau mempertahankan kenyataan dibuatnya sebelum ini dengan berkata, perkara baik yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu tidak akan dibuang.

“Apa yang kerajaan dulu (buat) yang baik kami tak akan buang. Takkan alat-alat yang dah dibeli dulu kita nak simpan dalam stor, kita nak buang?

“Kami telah proses, melihat balik dan ia boleh dimanfaatkan. Benda itu (AES) boleh diguna untuk kepentingan negara. Ada orang marah, dulu cakap lain sekarang cakap lain. Kami cakap ‘here and now’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turut serta dalam lawatan Menteri Pendidikan Maszlee Malik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih yang kini dalam proses pembinaan.

Hasanuddin yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat dalam kenyataan di Facebook pada 8 Februari berkata, pemasangan kamera AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang kenderaan, keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya adalah menepati maqasid syariah dalam Islam.

Kenyataannya itu kemudiannya mendapat kritikan dan kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan beliau mempergunakan agama untuk tujuan politik.

Dalam perkembangan sama, Hasanuddin berkata, dunia sentiasa berubah, namun kepentingan negara menjadi asas dan keutamaan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ya, barangkali ketika kami jadi pembangkang kami membantah dan sebagainya. Ada yang kami dapati tidak ikut sepatutnya. Kami tidak mahu mempertahankan bahawa kami pembangkang, jadi kami kena bawa apa yang kami bangkang dulu.

“Orang nak marah, saya mohon banyak maaf, tapi kami lihat pada situasi hari ini dan sekarang, bukan dulu,” katanya.

Hasanuddin dalam masa yang sama turut menafikan beliau menggunakan agama untuk tujuan politik, sebaliknya menegaskan ia sememangnya merupakan dasar PH.

“Telah menjadi dasar dalam PH, kita meletakkan maqasid syariah antara asas dalam pengurusan dan pentadbiran negara,” katanya.

MR :  Rupanya zaman nabi, bila arajk diharamkan mereka simpan dalam stor... stupid hujah pimpinan IKRAM


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Dulu semasa jd pembangkang, semua yg kerajaan buat termasuk AES, YB bangkang ajelah ye tanpa fikir apa2. Sekarang baru sedar AES tu bagus. Dah dlm kerajaan, sokong ajelah. Tp tahukah YB bila kerajaan PH batalkan kontrak asal, berapa juta RM kerajaan PH kena bayar ganti rugi. Lepas tu nak beli kamera baru, harganya lebih tinggi. Kos operasinya berapa. Sedangkan sebelum ni, kos operasi, malah kos kapital pun ditanggung syarikat. Selain itu, adakah bajet dan anggota JPJ yg akan uruskan AES ni. Pohon penjelasan pihak YB....

    BalasPadam