Header Ads

ads header

Flash News

Anak muda PAS - Umno lebarkan muafakat


PADANG RENGAS: Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas telah mengorak langkah memperkasakan muafakat Melayu-Islam melalui program bersama Pemuda Umno Bahagian itu, semalam.

Kedua entiti sayap parti terbesar umat Melayu-Islam negara telah bertemu pada majlis khas Sembang Santai Pemuda PAS - Umno Parlimen Padang Rengas yang diadakan di sebuah restoran, di sini.

Sekitar 40 penggerak utama anak muda mewakili kedua parti itu hadir pada pertemuan tersebut dengan masing-masing dipimpin Ketua Pemuda PAS Kawasan, Muhammad Helmi Affindi Ali dan Pemuda Umno Bahagian, Mohd Ariff Abdul Majid.

Perjumpaan julung kali penuh muhibah itu dianggap berjaya mencapai objektif terpentingnya ke arah merangka hubungan perkenalan dan bertukar pendapat serta merancang kegiatan bersama.

Turut hadir menyeri dan memeriahkan pertemuan bersejarah itu adalah Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua PAS Padang Rengas iaitu Mohamad Sukeri Mat Amin dan Ustaz Azizi Mohamed Ridzuan. - HARAKAHDAILY 23/2/2019


MR :  Gabungan PAS-UMNO boleh tumbang PH jika ahli-ahli benar memahami kerjasama politik demi Islam dan Melayu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan