Header Ads

ads header

Flash News

PRK Semenyih: Jangan salahkan Pas kalau Bersatu kalah - Abdul Hadi


KUALA TERENGGANU: Jangan salahkan PAS jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ini kerana parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat tidak turun berkempen bersungguh-sungguh.

"Saya bimbang PRK Semenyih kali ini Bersatu kalah, bukan kerana kita (pembangkang), tetapi disebabkan parti DAP dan PKR tidak berkempen bersungguh-sungguh.
"Kita sudah nampak mereka tidak turun berkempen bersungguh-sungguh," katanya dalam kuliah mingguan di Rusila, Marang pada Jumaat.

PRK DUN Semenyih bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan Kuan Chee Heng (Bebas).

Tempoh kempen berbaki seminggu sebelum pengundi kawasan itu membuang undi mereka pada 2 Mac nanti.

MR :  Mereka dalam PH cuba tikam menikam demi mencari siapa dominan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan